Friday, November 21, 2008

deen ini...

Exam mode

Belajar juga adalah nikmat


Moga Allah berkati setiap
detik yg dilaburkan utk deen ini


utk deen ini...

Sunday, November 16, 2008

akan kutabur benih ke bumi

(88:21-22) Maka berilah peringatan,
kerana engkau hanyalah pemberi peringatan. Engkau bukanlah org yg berkuasa atas
mereka

MASA adalah sebahagian daripada rawatan

Manusia akan BERUBAH, jika diberi masa

Cuma BILANYA masa itu, bukan aku yang menentukannya

Ibarat menanam pohon

Akan kutabur benih ke bumi,

dan buahnya dari Ilahi

Kala ini aku hanya mampu tersenyum,

atas takdir yang menguji

Kerana aku sedar,

aku hanya seorang da'ie

Friday, November 14, 2008

Sahabat Perjuangan

(43:67) Sahabat rapat akan bermusuhan pada hari itu, kecuali yang berTAQWA

Wednesday, November 12, 2008

Hidup

Di Hari Lahirmu,
ayuh kita kenang kembali
"Tidak Aku ciptakan jin & manusia
melainkan mereka beribadah kpdKu" [51:56]
Salam Hari Lahir
Semoga terus hidup dalam Usia Dakwah

Wednesday, November 5, 2008

al Banna

"Seonggok kemanusiaan terkapar

Siapa yang mengaku bertanggungjawab?

Bila semua menghindar, biarlah saya yang menanggungnya

Semua atau sebahagiannya"

-Sang Murobbi-

Hanya GERHANA

Adik,

Kala itu akak bingung. Mahu cakap apa sebentar lagi? Bukan senang mahu berbicara dengan manusia, apatah lagi mahu bercakap dari jiwa ke jiwa. Akak pohon Tuhan leraikan ikatan di lidah, supaya tidak tersalah kata dan bicara. Apa yang datang dari hati akan jatuh ke hati...


* * *


Pintu bilik adik tertutup rapat. Serba salah akak dibuatnya, mahu ketuk atau biarkan saja? Pasti adik sudah tertidur, penat membanting tulang seharian. Akak berkira-kira, hendak tak hendak mesti redah juga. Esok sudah tidak ada peluang. Jika bukan sekarang, bila lagi?

Pintu diketuk...sekali...dua kali... Hampir saja akak putus harapan, akhirnya kedengaran pintu dibuka dari dalam. Alhamdulillah.

Kelihatan adik di muka pintu, terpisat-pisat menggosok mata, baru bangun dari tidur. Wajah adik nampak penat. Akak tahu adik bukan saja penat fizikal, tapi penat emosi dan perasaan. Akak tahu adik lalui kehidupan panjang dan payah. Kala itu akak berdoa agar ditimpa saja segala masalah ke atas bahu ini, biar adik tidak merasa susah. Tapi hanya dengan masalahlah datangnya tarbiyah-buat adik membesar, belajar dan menjadi matang.

Adik sudah kurus, memang kurus...Sayu melihat adik kala itu. Malah lebih sayu bila mengingat apa yang adik alami. Bila akak tenung wajah adik dalam-dalam, akak jadi bertambah sayu...Susah hendak dicerita, pilu itu masih terasa. Apatah lagi mata ini pernah melihat sendiri bagaimana adik ’membesar’ sebelumnya.



* * *

Adik masih mampu membuat jenaka. Bibir ini mampu mengukir senyum, tapi, maaf. Hati akak sudah tidak sanggup untuk ketawa. Sebak di dada ditahan-tahan, mujur tidak terhambur keluar air mata.

Setitis demi setitis air mata adik tumpah jua. Akhirnya, tersingkap juga rahsia perasaan di sebalik senyum dan ketawa adik. Betul tekaan akak. Dari sini lagi akak sudah terasa ada yang tidak kena, ditambah bila kali pertama melihat semula wajah adik setelah terpisah agak lama


* * *

Adik,

Payah, memang payah. Akak faham itu. Tapi, dengan payah-di situlah datangnya mujahadah dan tarbiyah. Hidup bukan untuk merasai indah, tapi hidup untuk merasai ’kelazatan’ susah. Kerehatan dan kesenangan sebenar hanya di sana...

Adik,

Susah, memang susah. Apakah teruji iman jika hidup senang tanpa cabaran? Sesuatu yang berjaya dimulakan, nescaya akan berjaya ditamatkan. Syaratnya adalah kesabaran. Walau pernah berjaya untuk bermula, tapi tanpa sabar dan istiqamah, bakal mudah kecundang di jalanan.

Adik,

Titik mula kita serupa. Kita berhadapan dengan masalah yang sama. Kita melalui tuntutan perasaan yang mirip. Memang pahit. Memang tidak kuat. Kerana kuat hanya dengan Allah. Jika adik pernah menangis, akak juga pernah. Jika adik pernah tertekan, akak juga pernah...

Akak di sini hari ini, harganya adalah pengorbanan berterusan, tekanan emosi, tangisan di malam hari, kecamuk dsbnya...Hampir nak gila. Setahun akak duiji begini. Kuncinya adalah kebersamaan dengan Tuhan, kebersamaan dengan teman seiman, dari situ lahirnya kekuatan.

Adik,

Jika cintakan hidayah ini, tarbiyah ini, dakwah ini...korbankanlah emosi demiNya. Jalan ini masih panjang

Mengapa boleh dikorban cintaNya, demi meraih cinta al hawa’? Mengapa tidak tertekan perasaan bilamana cinta kepadaNya dihindar, sepertimana tertekan perasaan bilamana cinta manusia dibubar?

* * *

Adik adalah orang yang ‘faham’ dan adik MASIH menjadi orang yang faham. Malah adik adalah orang yang lebih arif tentang apa yang adik hadapi kini, sedangkan akak sendiri kurang pasti…

(39:53)

Hanya GERHANA, bukan terbenamnya mentari

Kita tanggung bersama

Friday, October 24, 2008

'orang kita'

Umat sedang tenat

Tidak perlu lihat jauh

Lihatlah 'orang kita'

Wednesday, October 22, 2008

Inspirasi Musa


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu menyeru Musa (dengan firman-Nya): "Datangilah kaum yang zalim itu, (yaitu) kaum Fir'aun. Mengapa mereka tidak bertakwa?"

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku TAKUT bahawa mereka akan mendustakan aku. Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku TAKUT mereka akan membunuhku."

Allah berfirman: "Jangan TAKUT (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan), Maka datanglah kamu berdua kepada Fir'aun dan katakanlah olehmu: "Sesungguhnya Kami adalah Rasul Tuhan semesta alam, lepaskanlah Bani Israil (pergi) beserta kami."

Fir'aun menjawab: "Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu dan kamu telah berbuat suatu perbuatan yang telah kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.

Berkata Musa: "Aku telah melakukannya, sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf. Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku TAKUT kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul.


[As Syu'ara:10-21]

Adik,
Jangan TAKUT lagi...
Jadilah seperti Musa. Teruskan melangkah, walau seberat mana...

Di sisimu ada Harun =)

Dalam kenangan


Bedford As Solehah

Naungan Risalah Nubuwwah

Moga diberkati sepertimana rumah Al Arqam B Abi Al Arqam, rumah Abu Ayyub Al Ansariyy

Penyerahan Kunci: 1st Nov 08

Monday, October 13, 2008

menJADI Harun


Jika kamu menCARI seorang teman seperti Harun, mungkin kamu tidak berjumpa

Jika kamu menJADI seorang teman seperti Harun, nescaya kamu PASTI berjumpa seorang Musa

Ukhuwwah adalah apa yg dihulur, bukan apa yg diminta

* * *
[20:29-36] dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (yaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku, dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Melihat (keadaan) kami. Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diperkenankan permintaanmu, hai Musa."

Bila berkawan...

Ibnu Abbas r.a. berkata:

“Wahai Rasulullah, teman bagaimanakah yang baik itu? Rasulullah s.a.w. menjawab, ”Yaitu dengan melihatnya kamu menjadi ingat kepada Allah, ucapannya menjadikan amal kamu bertambah, dan amal perbuatannya mengingatkan kamu akan akhirat.” (Hadith sahih)

"Ada teman yang apabila bergaul dengan mereka, membuatkan hati mati… padahal mereka hidup. Tetapi… Ada teman yang apabila bergaul dengan mereka, membuatkan hati menjadi hidup, padahal mereka sudah mati…"

Diceritakan bahawa seorang lelaki mulia melewati kubur Abdullah ibnu Mubarak rahimahullah, kemudian dia berdendang...

“Suatu pagi aku melewat kuburan Abdullah ibnu al-Mubarak. Maka dia memperluaskan diriku dengan nasihatnya padahal dia tidak berbicara. Dan dengan ilmu yang ada dalam padaku, serta dengan uban yang ada di kepalaku, aku menjadi kaya. Namun aku lihat peringatan itu bisa menyedarkan orang yang lupa, bila datangnya dari tokoh sejati...”

[Tribute: Hazelin.wordpress.com]

Friday, October 10, 2008

PASTI

Assalamualaikum wbt.

Jarang (malah tidak pernah) saya menulis ttg patient, walaupun sudah hampir setengah semester saya menghabiskan kehidupan di waktu siang saya di hospital. Tetapi kali ini saya berasa terpanggil utk menulis sesuatu.

Ironinya, baru pg tadi saya belajar ttg patient’s confidentiality (ttg release of patient’s info) & sekarang saya mahu menulis sesuatu ttg patient yg saya baru jumpa sebentar tadi. Bukan bertujuan utk mengumpat & saja2, tp bertujuan utk diambil hikmah di sebalik segala yg berlaku.

Sedikit ttg patient tersebut: an elderly man, presented to the hospital with 3-4months history of worsen dysphagia (difficulty in swallowing), on the background of reflux disease diagnosed many years ago.

Seperti biasa, kami (saya, groupmates & tutor kami) menemuramah patient tersebut, cuba untuk mencari punca masalah, berdiskusi ttg management dsbnya…

Akhirnya, setelah kami berjaya duduk di sebuah bilik yg lain utk berbincang dgn lebih lanjut, kami diberitahu oleh tutor kami ttg penyakitnya yang sebenar. Rupa2nya dia menghidap kanser (adenocarcinoma) di dalam salur makanannya, menyebabkan makanan tersekat & tidak boleh masuk ke dlm perut.

“He’s going to die…” masih terngiang2 kata2 tutor saya di telinga.

Tiba2 bilik itu sunyi sepi, hilang senyum di wajah kami.

“He’s a very nice guy & we’ve almost become good friends…” berkali2 tutor saya mengulang2 statement tersebut. Saya percaya terselit sedikit kecewa & sedih di hatinya.

Malah, saya sendiri berasa senang dengan patient tersebut walaupun baru kali pertama berjumpa. Di bibirnya tak lepas2 dengan senyuman, tidak ada langsung tanda2 pressure, tension, depress dsbnya…Sedangkan dia telah diberitahu ttg kematiannya.

Saya masih ingat apabila tutor saya mengatakan bahawa patient itu akan keluar dari hospital besoknya, kala itu saya menghadiahkan sebuah senyuman lebar kpd patient tersebut…Di fikiran saya tidak lain, mengagak bahawa patient itu telah sembuh. Rupa2nya dia pulang ke rumah untuk menunggu saat kematiannya…

“It’s like giving a death sentence to him…” tutor saya berkata lagi…

. MATI .
PASTI .

Masih terngiang2 di sudut hati saya

Wednesday, October 8, 2008

Rasa


Adik,
Entah apa rupa adik
Entah sudah boleh berjalan atau berlari
Atau masih merangkak atau bertatih
Lama tidak kudengar cerita
Kisah duka atau suka

Adik,
Ku ingat waktu dulu
Tatkala adik masih lagi buntu
Lantas nur Ilahi memandu adik
Meniti laluan tarbiyah
Dalam hijrah adik yg payah

Adik,
Pernah kulihat adik bergelut dgn jahiliyah
Kadangkala adik kalah
Kadangkala adik gagah
Mujahadahnya adik, tak kenal erti letih
Kerana adik insan terpilih

Adik,
Biar menjadi insan terasing di bumi Tuhan
Hilang kawan, bertambah lawan
Hilang harta, bertambah beban
Hilang masa, bertambah tekanan
Jika itulah harganya
demi menempah syurga

Adik,
Masih ku ingat adik pernah berjanji
Allah dan malaikat menjadi saksi
Adik mahu istiqamah
Di atas jalan dakwah dan tarbiyah

Adik,
Insan pilihan Tuhan
Sambutlah ketukan iman
Kerana mana tahu besok lusa,
ia tidak lagi kedengaran…

Adik,
Cukuplah mati sebagai peringatan



St Vincent’s Hospital
08 Oct 2008

Thursday, October 2, 2008

EID terhebat!


Smlm hari raya. Eidulfitri kali ini yg paling special yg pernah saya rasai sepanjang hidup

Smlm utk pertama kali saya dpt bersolat raya di kawasan lapang, Debneys Park, Flemington. Sblm ni hanya bersolat raya di masjid2 atau di sebalik bangunan tertutup...

Waktu melangkahkan kaki ke situ, rasa terharu yg tak mampu diungkap bila terdengar laungan takbir raya bergema memenuhi pelusuk ruang, ditambah dgn keramaian saudara2 seakidah yg dtg dr pelbagai background. Saya rasa mungkin mencecah lbh 1,000 org...

Debneys Park adalah kawasan tanah lapang yg letaknya bersebelahan dgn jalan2 besar utama kenderaan lalu. Kesibukan bunyi kenderaan blh didengar dgn jelas...

Saya yakin mereka2 yg berada di dalam kenderaan yg melalui kawasan itu, ditambah dgn penghuni2 di sekitar situ dpt mendengar dgn jelas laungan kebesaran tersebut

Utk pertama kali di Oz saya mendengar kalimah membesarkan Allah diucap sejelas2nya, seterang2nya, tanpa berselindung2 lagi...setakat ni jika di masjid2 pun, seruan azan hanya ter'confine' di sebalik dinding bangunan masjid

Allah is AKBAR!

Allah is AKBAR!

Teringat saya kpd dakwah di Mekah, waktu pertama kali Rasulullah melaungkan kalimah yg sama di atas Bukit Safa setelah fasa dakwah terang2an baru bermula, barangkali begitulah perasaan para sahabat bila pertama kali mendengar kalimah al Haq dilaungkan tanpa segan silu, takut2 & sebagainya...

Perasaan yg payah diungkap dgn kata2 kerana ianya adalah cerita hati

.Senyum.

Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak

EID MUBARAK buat;

yg tercinta: Ahli keluarga & sanak saudara di Malaysia

yg disayangi: Sahabat2 da'ie di Melbourne & seluruh pelusuk dunia

yg dirindui: akhawat2 Brisbane, QLD

serta muslimin & muslimat di seluruh dunia

TAQABALALLAHU MINNA WA MINKUM

* * *

(Makna Takbir Raya)

Allah Maha Besar
tiada tuhan selain Allah yang Maha Besar
Allah Maha Besar dan segala puji bagi-Nya
Allah zat yang Maha Besar
dan kesucian Tuhan ada disegala waktu
tiada tuhan selain Allah, Dia sendiri
Dia telah memenuhi janji-Nya
dan Dia yang menolong hamba-Nya
dan Dialah yang memberi kemuliaan kemenangan pada pasukanNya -muslimin
dan yang memberi kekalahan pada pasukan kafir, sendiri
tiada Tuhan selain Allah
dan kita tidak menyembah kecuali padaNya
tunduk ikhlas kepadaNya
walau orang-orang kafir membenciNya

ilal liqo'

Assalamualaikum wbt.

Sedih. Gembira. Bercampur baur. Ramadhan bakal melabuhkan tirai, tidak sampai pun 24 jam sj lagi. Kemudian tibalah hari kemenangan. 'Menang'? Hmm...Entah layak atau tidak bergelar org yg menang. Menang dari sudut penilaian neraca Langit, iaitu menjadi org yg bertakwa (al Baqarah:183).

Bak kata Che Det dlm puisinya yg terkenal: "Mengisi kemerdekaan itu lebih payah drpd mendapatkannya...". Mencapai objektif Ramadhan itu satu hal & utk maintain amal2 ibadah, akhlak & takwa dlm bulan2 selepas Ramadhan adalah satu hal lagi...malah lebih mencabar.

ISTIQAMAH, dlm erti kata lebih tepat lagi. Sampaikan rasulullah sendiri beruban kerana ayat istiqamah (Hud:112). Memang payah, tp munasabah.

Moga keluarnya dari Madrasah Tarbiyah Ramadhan, kita menjadi graduan yg bergelar Hamba RABBANI, bukan Hamba RAMADHANI.

Selamat MENGHAYATI Hari Raya Aidilfitri

Bukan sekadar satu hari PERAYAAN, tp hari PENGHAYATAN tentang erti sebuah kemenangan.

Ramadhan...ilal liqo' (moga bertemu lagi)

.Hamba R.

Wednesday, September 24, 2008

satu rindu

Dah lama rasanya saya tak menangis, sehinggalah saya lihat video ni;

tiada kata mampu mengungkap

RINDU ini

Thursday, September 18, 2008

Lailatul Qadr





ALLAHUMMA INNAKA AFUWWUN KARIMUN TUHIBBUL 'AFWA FA'FUANNI

Saidatina Aishah bertanya kepada Rasulullah SAW doa yg paling baik pada malam Qadar. Rasulullah SAW menjawab: "Jika kamu sempat berjumpa & mengetahui itu ialah malam Qadar, berdoalah: Allahumma Innaka Afuwwun Karimun Tuhibbul 'Afwa Fa'Fuanni (Ya Allah, Engkau adalah Yang Maha Pemaaf Lagi Maha Mulia. Engkau mencintai ampunan, maka ampunilah dosa2ku)"

* * *

Tak ada kata2 & perasaan yg lebih baik utk menerangkan ttg lailatul qadr melainkan Kalimat Allah...

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan

Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar

[97:1-5]

TAHARRAU lailatul qadr!

Tuesday, September 16, 2008

SAMA...tapi TAK SERUPA?



di sebuah rumah di Melbourne, Victoria






* * *

di sebuah daerah bernama Pasuruan, Jakarta
(16 Ramadhan 1429)



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Kita SAMA akidah

Namun mengapa TAK SERUPA?

"TIDAK BERIMAN seseorang sehingga ia mengasihi SAUDARAnya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri"-Hadis

* * *

[59:9] Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, SEKALIPUN MEREKA JUGA MEMERLUKAN. Dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung

Monday, September 15, 2008

Dear adik...


asalnya ruang tamu itu penuh, sehingga muat2 ruang sahaja utk solat. meriah suasana

kemudiannya, lepas seorang...seorang lagi minta izin mahu pulang

akhirnya,

"tinggal sorg je..." bunyi sms yg sy terima itu, bernada kecewa

senyum. teringat pengalaman sendiri waktu di 'awal2' dulu...

lantas sy picit sms, sebuah hadis sbg reply:
"Jika SEORANG mendapat hidayah kerana kamu, itu lebih baik drpd unta merah"

ujian adalah tarbiyyah

"...hasilnya yg paling minima ialah stabil & tetapnya hakikat keimanan ini di dalam hati pendukung dakwah itu sendiri sehingga mereka mati..."

moga cepat 'membesar', adikku

Friday, September 12, 2008

SIDDIQ


saban hari manusia bersumpah di hadapanNya;

inna solati wa nusuki wa mahyaya wa mamati lillahi Robbil 'alamin (sesungguhnya SOLATku & IBADATku & HIDUPku & MATIku demi Tuhan semesta alam)

tapi...

masih boleh banyak tidur

masih boleh beri alasan sibuk dengan study

masih boleh beri masa utk perkara2 lagha

masih boleh berat hati utk infak

masih boleh pilih utk rehat, sedang umat tenat

masih boleh layan kehendak nafsi drpd kehendak Ilahi

[33:23] Di antara org2 MUKMIN itu ada org2 yg menepati apa yg telah mereka janjikan kpd Allah. Dan di antara mereka ada yg gugur, dan di antara mereka ada pula yg menunggu2 dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)

BENARkah manusia dalam sumpahnya?

.insaf.

Thursday, September 11, 2008

...what HE Wants

The Prophet (SAWS) targeted humans, but Allah (SWT) wanted the jinn.

The Prophet (SAWS) targeted the noblemen of At-Taif, and Allah (SWT) wanted the young Addas.

The Prophet (SAWS) targeted the people of At-Taif, and Allah (SWT) wanted the people of Madinah.

[2:216] barangkali kamu suka sesuatu, tapi ia tidak baik bagi kamu...

Mungkin yg dijemput tak hadir, tp Allah datangkan 'sahabat lama tak jumpa'

rindu terubat... =)

Wednesday, September 10, 2008

pena kembali berbicara


Assalamualaikum wbt

Sudah lama rasanya tak menulis di "ruangan sendiri"...Setakat ni hanya menumpang bicara di website atau yahoogroups org lain. Hasrat mahu menulis semula dah lama disimpan, cuma masih belum ada masa utk duduk betul2 & mencreate blog sendiri...

Ini boleh dikatakan blog yg ke-2 setelah 2 tahun 'membisu'...munthalaq (langkah bermula) utk menulis satu ketika dulu didorong oleh rasa membuak2 mahu berkongsi ilmu, atau dlm erti kata lain ingin berdakwah kpd rakan2 di luar sana...manis bila diingat saat itu

tp sedar tidak sedar, menulis perlukan komitmen, masa & idea...semakin hari, hidup semakin sukar kerana komitmen semakin bertambah...

jika manusia hidup kerana Allah, begitulah fitrahnya...PENGORBANAN. saban hari, semakin byk yg perlu diberi...masa, tenaga, wang ringgit...apa yg diberi itulah milik kita, bukan apa yg disimpan. Bila simpan harta & masa utk diri sendiri, tak akan bawa ke mana, tak akan mampu utk beli tiket ke syurga...

[9:111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 beriman akan jiwa & harta mereka dgn (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga

jika manusia hidup kerana mahu senang, maka ia akan hidup senang, malah Allah akan merealisasikan & menyegerakan impiannya...

[17:18] barangsiapa mahukan kehidupan sekarang (dunia), maka Kami akan segerakan baginya di (dunia) apa yg Kami kehendaki bagi org yg Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela & terusir

Begitulah...perlu lebih kuat kerana hidup akan makin sukar (bagi yg ingin menuju mardhotillah)

Kenapa mahu menulis semula? mungkin muhasabah diri lebih berkesan bila menulis...Allahua'lam

Sunday, September 7, 2008

petua da'ie



ijlis bina nu'min sa'ah: duduklah sebentar & beriman sejenak (muaz bin jabal)

ruang utk muhasabah diri sebelum diri dihisab...

Muhasabah diri adalah tuntutan iman
[59:18] wahai org2 yg berIMAN...hendaklah setiap org memperhatikan apa yg telah diperbuatnya utk hari esok (hari akhirat)

Antara 2 kesudahan...
[70:19] Adapun org yg kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku ini"

[70:25] Dan adapun org yg kitabnya diberikan di tangan kirinya, maka dia berkata: "Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku"