Wednesday, October 8, 2008

Rasa


Adik,
Entah apa rupa adik
Entah sudah boleh berjalan atau berlari
Atau masih merangkak atau bertatih
Lama tidak kudengar cerita
Kisah duka atau suka

Adik,
Ku ingat waktu dulu
Tatkala adik masih lagi buntu
Lantas nur Ilahi memandu adik
Meniti laluan tarbiyah
Dalam hijrah adik yg payah

Adik,
Pernah kulihat adik bergelut dgn jahiliyah
Kadangkala adik kalah
Kadangkala adik gagah
Mujahadahnya adik, tak kenal erti letih
Kerana adik insan terpilih

Adik,
Biar menjadi insan terasing di bumi Tuhan
Hilang kawan, bertambah lawan
Hilang harta, bertambah beban
Hilang masa, bertambah tekanan
Jika itulah harganya
demi menempah syurga

Adik,
Masih ku ingat adik pernah berjanji
Allah dan malaikat menjadi saksi
Adik mahu istiqamah
Di atas jalan dakwah dan tarbiyah

Adik,
Insan pilihan Tuhan
Sambutlah ketukan iman
Kerana mana tahu besok lusa,
ia tidak lagi kedengaran…

Adik,
Cukuplah mati sebagai peringatan



St Vincent’s Hospital
08 Oct 2008

3 comments:

Nurul Saqinah bt Abdul Razak said...

kakak...
doakan adik-adik sentiasa istiqamah di atas jalan tarbiyah ni..kadang terasa sangat lemah hati ni..apatah lagi dalam keadaan hujung semester ni, malam2 kami disibukkan dengan urusan dunia...tak tahulah..saat-saat ni, amat merindukan hari-hari di melbourne dulu =(

fatal1ty said...

St Vincent’s Hospital

kenapa? buat ape sane?

Areyou_chan said...

kakak...
doa dan harapanmu mengiringi kami d sini...
semoga kami terus tsabat d jalan ini...
hijrah ini mmg susah, hijrah ini mmg payah, tetapi yg pastinya di hujungnya ada hasanah yg kami nanti...