Tidak perlu lihat jauh
Friday, October 24, 2008
Wednesday, October 22, 2008
Inspirasi Musa

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku TAKUT bahawa mereka akan mendustakan aku. Dan (karenanya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku maka utuslah (Jibril) kepada Harun. Dan aku berdosa terhadap mereka, maka aku TAKUT mereka akan membunuhku."
Fir'aun menjawab: "Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu dan kamu telah berbuat suatu perbuatan yang telah kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna.
Di sisimu ada Harun =)
Dalam kenangan
Monday, October 13, 2008
menJADI Harun
Jika kamu menJADI seorang teman seperti Harun, nescaya kamu PASTI berjumpa seorang Musa
Ukhuwwah adalah apa yg dihulur, bukan apa yg diminta
* * *Bila berkawan...
“Wahai Rasulullah, teman bagaimanakah yang baik itu? Rasulullah s.a.w. menjawab, ”Yaitu dengan melihatnya kamu menjadi ingat kepada Allah, ucapannya menjadikan amal kamu bertambah, dan amal perbuatannya mengingatkan kamu akan akhirat.” (Hadith sahih)
"Ada teman yang apabila bergaul dengan mereka, membuatkan hati mati… padahal mereka hidup. Tetapi… Ada teman yang apabila bergaul dengan mereka, membuatkan hati menjadi hidup, padahal mereka sudah mati…"
“Suatu pagi aku melewat kuburan Abdullah ibnu al-Mubarak. Maka dia memperluaskan diriku dengan nasihatnya padahal dia tidak berbicara. Dan dengan ilmu yang ada dalam padaku, serta dengan uban yang ada di kepalaku, aku menjadi kaya. Namun aku lihat peringatan itu bisa menyedarkan orang yang lupa, bila datangnya dari tokoh sejati...”
[Tribute: Hazelin.wordpress.com]
Friday, October 10, 2008
PASTI
Jarang (malah tidak pernah) saya menulis ttg patient, walaupun sudah hampir setengah semester saya menghabiskan kehidupan di waktu siang saya di hospital. Tetapi kali ini saya berasa terpanggil utk menulis sesuatu.
Ironinya, baru pg tadi saya belajar ttg patient’s confidentiality (ttg release of patient’s info) & sekarang saya mahu menulis sesuatu ttg patient yg saya baru jumpa sebentar tadi. Bukan bertujuan utk mengumpat & saja2, tp bertujuan utk diambil hikmah di sebalik segala yg berlaku.
Sedikit ttg patient tersebut: an elderly man, presented to the hospital with 3-4months history of worsen dysphagia (difficulty in swallowing), on the background of reflux disease diagnosed many years ago.
Seperti biasa, kami (saya, groupmates & tutor kami) menemuramah patient tersebut, cuba untuk mencari punca masalah, berdiskusi ttg management dsbnya…
Akhirnya, setelah kami berjaya duduk di sebuah bilik yg lain utk berbincang dgn lebih lanjut, kami diberitahu oleh tutor kami ttg penyakitnya yang sebenar. Rupa2nya dia menghidap kanser (adenocarcinoma) di dalam salur makanannya, menyebabkan makanan tersekat & tidak boleh masuk ke dlm perut.
“He’s going to die…” masih terngiang2 kata2 tutor saya di telinga.
Tiba2 bilik itu sunyi sepi, hilang senyum di wajah kami.
“He’s a very nice guy & we’ve almost become good friends…” berkali2 tutor saya mengulang2 statement tersebut. Saya percaya terselit sedikit kecewa & sedih di hatinya.
Malah, saya sendiri berasa senang dengan patient tersebut walaupun baru kali pertama berjumpa. Di bibirnya tak lepas2 dengan senyuman, tidak ada langsung tanda2 pressure, tension, depress dsbnya…Sedangkan dia telah diberitahu ttg kematiannya.
Saya masih ingat apabila tutor saya mengatakan bahawa patient itu akan keluar dari hospital besoknya, kala itu saya menghadiahkan sebuah senyuman lebar kpd patient tersebut…Di fikiran saya tidak lain, mengagak bahawa patient itu telah sembuh. Rupa2nya dia pulang ke rumah untuk menunggu saat kematiannya…
“It’s like giving a death sentence to him…” tutor saya berkata lagi…
. MATI . PASTI .
Masih terngiang2 di sudut hati saya
Wednesday, October 8, 2008
Rasa

Entah apa rupa adik
Entah sudah boleh berjalan atau berlari
Atau masih merangkak atau bertatih
Lama tidak kudengar cerita
Kisah duka atau suka
Adik,
Ku ingat waktu dulu
Tatkala adik masih lagi buntu
Lantas nur Ilahi memandu adik
Meniti laluan tarbiyah
Dalam hijrah adik yg payah
Adik,
Pernah kulihat adik bergelut dgn jahiliyah
Kadangkala adik kalah
Kadangkala adik gagah
Mujahadahnya adik, tak kenal erti letih
Kerana adik insan terpilih
Adik,
Biar menjadi insan terasing di bumi Tuhan
Hilang kawan, bertambah lawan
Hilang harta, bertambah beban
Hilang masa, bertambah tekanan
Jika itulah harganya
demi menempah syurga
Adik,
Masih ku ingat adik pernah berjanji
Allah dan malaikat menjadi saksi
Adik mahu istiqamah
Di atas jalan dakwah dan tarbiyah
Adik,
Insan pilihan Tuhan
Sambutlah ketukan iman
Kerana mana tahu besok lusa,
ia tidak lagi kedengaran…
Adik,
Cukuplah mati sebagai peringatan
Thursday, October 2, 2008
EID terhebat!

Smlm hari raya. Eidulfitri kali ini yg paling special yg pernah saya rasai sepanjang hidup
Smlm utk pertama kali saya dpt bersolat raya di kawasan lapang, Debneys Park, Flemington. Sblm ni hanya bersolat raya di masjid2 atau di sebalik bangunan tertutup...
Waktu melangkahkan kaki ke situ, rasa terharu yg tak mampu diungkap bila terdengar laungan takbir raya bergema memenuhi pelusuk ruang, ditambah dgn keramaian saudara2 seakidah yg dtg dr pelbagai background. Saya rasa mungkin mencecah lbh 1,000 org...
Debneys Park adalah kawasan tanah lapang yg letaknya bersebelahan dgn jalan2 besar utama kenderaan lalu. Kesibukan bunyi kenderaan blh didengar dgn jelas...
Saya yakin mereka2 yg berada di dalam kenderaan yg melalui kawasan itu, ditambah dgn penghuni2 di sekitar situ dpt mendengar dgn jelas laungan kebesaran tersebut
Utk pertama kali di Oz saya mendengar kalimah membesarkan Allah diucap sejelas2nya, seterang2nya, tanpa berselindung2 lagi...setakat ni jika di masjid2 pun, seruan azan hanya ter'confine' di sebalik dinding bangunan masjid
Allah is AKBAR!
Allah is AKBAR!
Teringat saya kpd dakwah di Mekah, waktu pertama kali Rasulullah melaungkan kalimah yg sama di atas Bukit Safa setelah fasa dakwah terang2an baru bermula, barangkali begitulah perasaan para sahabat bila pertama kali mendengar kalimah al Haq dilaungkan tanpa segan silu, takut2 & sebagainya...
Perasaan yg payah diungkap dgn kata2 kerana ianya adalah cerita hati
.Senyum.
