Sunday, August 30, 2009

Happy Merdeka!



31 Ogos 2009. Dah lama rasanya tak mengibarkan jalur gemilang, apatah lagi memegangnya. Malam tadi selepas terawih, kami sempat bergambar di musolla sambil mengibarkan jalur gemilang.




Dalam perjalanan balik ke rumah bersama dengan housemate saya, masing-masing memegang bendera kecil masing-masing yang telah disumbangkan oleh ISMA Australia secara percuma. Sengaja kami biarkan bendera berkibar-kibar ditiup angin yang dingin. Tiba di rumah, saya pacak bendera kecil saya di pagar rumah, niat saya mahu orang lain nampak bendera itu. Ia bukan hanya sekadar sebuah bendera yg saya dapat secara percuma, tapi lebih daripada itu.

Bangga.Sayang.Cinta

Barangkali inilah yang dinamakan patriotisme, ie perasaan cintakan negara.

"Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam..."

"Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan sempadan patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi. Sebenarnya setiap ceruk bumi yang terdapat seorang muslim yang menyatakan, “tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah” ia adalah bumi dan tanahair yang kita hormati, hargai, cintai dan kita serahkan keikhlasan serta jihad kita demi kebaikannya. Sementara setiap orang Islam yang berada dalam kawasan geografi ini adalah keluarga dan saudara kita yang kita berikan perhatian dan berkongsi bersama segala masalah mereka. Ini berbeza dengan pejuang patriotisme..."


[Risalah Da'watuna, Hasan Al Banna]

Wednesday, August 19, 2009

'Dia' ibarat....



Kepompong Ramadhan & Rama-rama yang Gemilang

.Selamat Meng
HAYATI keistimewaan Ramadhan.
Pastikan Ramadhan kita kali ini penuh
MAKNA
Ayuh
HIDUPkannya bersama-sama

Ramadhanmu...dan apa yang kamu mahukan



Tuesday, August 11, 2009

Sisa & Harapan


Bismillahirrahmanirrahim

Setelah sekian lama membisu, hari ini saya terpanggil untuk menulis, tentang sekumpulan manusia yang memang sangat saya kenali & kasihi.

Jika di dalam munthalaq (muqaddimah), mereka inilah yang dipanggil sisa & harapan umat, dakwah & Islam:

"Di sana masih ada sisa orang-orang beriman yang banyak jumlahnya, yang cukup potensial untuk menunaikan kebaikan yang diinginkan, apabila mereka melakukan
pemurnian jiwa, meminimunkan kecenderungan kepada dunia, menjauhi fitnah & sabar di dalam menghadapi ujian, dan memiliki ilmu kepimpinan umat dengan baik..." - munthalaq


Tentang mereka juga, Allah menyebut:


"Kamu adalah
umat terbaik yang dikeluarkan daripada umat manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah..." [3:110]


Kewujudan mereka juga dibenarkan melalui lidah Rasulullah:


"Akan
sentiasa ada golongan dari umatku yang tampil atas kebenaran. Tidak membahayakan mereka, orang-orang yang menghina dan merendahkan mereka, hingga datang keputusan Allah sedang mereka tetap dengan sikapnya itu" [Hadis]


Sepertimana Islam merupakan sebuah kurniaan, kemuliaan mendukung risalah juga adalah sebuah kurniaan yang hanya akan kekal di dalam diri pemiliknya, sekiranya mereka MAHU, BERUSAHA & BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk memenuhi ciri-ciri yang telah digariskan;


- amar ma'aruf
- nahi mungkar
- beriman kepada Allah

- tetap di atas kebenaran

Tidak menjadi seperti golongan Bani Israel yang telah dikurniakan untuk memikul risalah, namun mereka sombong:

"Maka tatkala MEREKA berpaling, Allah memalingkan hati mereka, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang berbuat dosa" [61:5]

Allahua'lam Bissawab

"Inna Solati Wa nusuki Wa mahyaya Wa mamati Lillahi robbil 'alamin. la syarikalahu wa bizalika umirtu wa ana awwalul muslimin"

KESETIAAN di atas JANJI ini...

WAFA'