Tuesday, September 30, 2008

ilal liqo'

Assalamualaikum wbt.

Sedih. Gembira. Bercampur baur. Ramadhan bakal melabuhkan tirai, tidak sampai pun 24 jam sj lagi. Kemudian tibalah hari kemenangan. 'Menang'? Hmm...Entah layak atau tidak bergelar org yg menang. Menang dari sudut penilaian neraca Langit, iaitu menjadi org yg bertakwa (al Baqarah:183).

Bak kata Che Det dlm puisinya yg terkenal: "Mengisi kemerdekaan itu lebih payah drpd mendapatkannya...". Mencapai objektif Ramadhan itu satu hal & utk maintain amal2 ibadah, akhlak & takwa dlm bulan2 selepas Ramadhan adalah satu hal lagi...malah lebih mencabar.

ISTIQAMAH, dlm erti kata lebih tepat lagi. Sampaikan rasulullah sendiri beruban kerana ayat istiqamah (Hud:112). Memang payah, tp munasabah.

Moga keluarnya dari Madrasah Tarbiyah Ramadhan, kita menjadi graduan yg bergelar Hamba RABBANI, bukan Hamba RAMADHANI.

Selamat MENGHAYATI Hari Raya Aidilfitri

Bukan sekadar satu hari PERAYAAN, tp hari PENGHAYATAN tentang erti sebuah kemenangan.

Ramadhan...ilal liqo' (moga bertemu lagi)

.Hamba R.

4 comments:

Nurul Saqinah bt Abdul Razak said...

Kak Ainun~..jazakillah for the beautifully designed kad raya..mashaAllah sister =)

Salam aidilfitri juga dari saya, diiringi dengan harapan, taqabalallahu minna wa minki =)

.:Ulun Nuha:. said...

Wslm wbt.

waiyyaki

minna waminkum taqabbal ya kareem

Cerita Hati said...

(",) moga dipertemukan Allah pd pertemuan yg lain...

~uhibbuki fillah k.nun~

.:Ulun Nuha:. said...

'mawar berduri'...hmm mcm pernah kudengar nama ni..hehe.ilal liqo' (moga bertemu lagi).

ahabbakallazi ahbab taneelah