Tuesday, May 19, 2009

Setiap hari adalah Hari Ibu


Seorang ibu adalah kunci sebuah peradaban

"Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku ketika kecilku"


Saturday, May 16, 2009

Apresiasi Buat Para Pendidik!


[Rasulullah Murobbi terbaik]


Seorang Murobbi (pendidik) kepada mutorabbinya (anak murid), dia seharusnya adalah seorang:
1) Ibu / Bapa
(dari aspek emosi)
2) Sheikh (dari aspek ruhi)

3) Qoid (pemimpin) (dari aspek ketaatan)
4) Ustaz / ustazah (dari aspek ilmu)



[Imam As Syahid Hassan Al Banna - contoh Murobbi kontemporari]


SANG MUROBBI

Ribuan langkah kau tapaki

Pelusuk negeri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari tak surutkan langkahmu

Deru hujan badai tak lunturkan azammu
Raga kan terluka tak jeri kan nyalimu

Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu


Semua makhluk bertasbih panjatkan ampun bagimu

Semua makhluk berdoa limpahkan rahmat atasmu


Duhai pewaris nabi duka fana tak bererti

Syurga kekal abadi balasan ikhlas di hati


Cerah hati kami kau semai nilai Rabb suci

Tegak panji Ilahi bangkit generasi Rabbani



Seorang Pendidik memegang amanah seluruh Umat. Seharusnya seorang pendidik bukan sekadar mengajar anak didiknya menjadi pandai, tetapi mendidik dan membina mereka menjadi manusia berguna. Kisah pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih di usia 20-an adalah hasil didikan & tunjuk ajar murobbinya, Sheikh Shamsuddin sejak beliau masih kecil lagi.

Begitulah SIFAT seorang pendidik...


(Apabila terkenangkan akhowat2 di QuT yg bakal menjadi Pendidik di masa depan, saya tersenyum sendiri kerana saya tidak lagi bimbang dengan masa depan pendidikan anak-anak saya)



Friday, May 15, 2009

wa amitna 'alash shahadati fi sabilik



Alhamdulillah just finished my trial exam
(97 questions in 2 hours - each question almost a half page long...huhu)
Alhamdulillah seminggu yg bermakna

Counting minutes before leaving 'my home'...
for my second home

Begitulah sifat yg hendak ditanam
Dicampakkan ke mana pun, itulah rumah seorang daie
Kerana seorang daie tidak terikat dengan tanah
tetapi keterikatan hanya dengan dakwah

Di mana bumi dipijak, di situ Risalah dijunjung

Monday, May 11, 2009

segalanya tarbiyyah



Belajar hidup sendiri
Belajar hidup sederhana
Belajar menjaga masa
Belajar berkongsi
Belajar menjadi kuat
Belajar menghargai

(and the list goes on)

Segalanya adalah tarbiyyah

"...barangkali kamu tidak suka sesuatu, tetapi ia baik bagi kamu...Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..." [2:216]

Wednesday, May 6, 2009

keliru dan terkeliru

Satu hari, sekali lagi saya berhadapan dengan situasi keliru...Sedih, kesal, kasihan, itulah antara yang saya rasai


Analoginya begini:

Seorang kanak-kanak 6 tahun baru hendak masuk sekolah tadika. Sepatutnya apa yang difahami oleh kanak-kanak ini, di PERINGKAT INI adalah kepentingan untuk bersekolah dan belajar. Kerana jika awal-awal lagi kanak-kanak ini tidak nampak kepentingan untuk bersekolah, berlakulah kes-kes tak mahu ke sekolah kerana hendak bermain dsbnya...

Bayangkan seorang kanak-kanak 6 tahun, sebelum sempat dia memahami kepentingan bersekolah, dia sudah terlebih dulu diceritakan tentang universiti mana yang akan menjadi pilihannya nanti...Apa akan jadi dengan kanak-kanak ini tadi? Tidakkah dia akan keliru? Memang haru biru...


Begitulah jika hendak digambarkan situasi sekarang, walaupun mungkin tidak tepat sangat.

Antara perkara usul (asas/prinsip) dan perkara cabang. Di PERINGKAT INI, kepentingan bersekolah itulah perkara usul, manakala universiti mana hendak dipilih nanti, adalah perkara cabang.

Zaman ini banyak kanak-kanak terkeliru kerana terlalu dimomokkan dengan perkara cabang, sehingga tidak nampak lagi mana satu yang perlu dipegang dan digarap terlebih dahulu.

Teringat saya kepada kisah sapi betina:
Perintah asalnya cukup mudah dan ringkas, hanyalah: "Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina..." [2:67]

Tetapi pelbagai persoalan cabang ditimbulkan oleh kaum Yahudi sehingga hampir saja perintah itu tidak terlaksana kerana terlalu larut dengan persoalan-persoalan cabang
[2: 69-71]

Allahua'lam

Memang cerita tentang universiti kena juga diberitahu kerana itulah realiti yang akan dihadapi oleh kanak-kanak itu nanti. Tetapi buat masa SEKARANG, jika kanak-kanak tidak faham kepentingan bersekolah dan akhirnya tidak mahu bersekolah, universiti pun entah ke mana...

Saya tidak menyalahkan kanak-kanak, tetapi saya cuma keliru apa yang cuba dikejar oleh guru-guru tadika...Bukankah satu kezaliman sekiranya akhirnya kanak-kanak ini tidak mahu bersekolah langsung kerana terlalu keliru?


Entahlah
Jika hendak cerita tentang isu ini memang tidak akan habis
Semoga Allah menunjuki kita semua ke jalan yang lurus

Tuesday, May 5, 2009

Trial & error dalam dakwah?

Semalam saya berborak-borak dengan seorang rakan. Entah macam mana termasuk cerita tentang budaya komen di blog orang...

Kesimpulan daripada perbincangan kami itu, kadangkala daie terlalu teruja dengan 'perubahan', sehinggakan melanggar batasan-batasan yang kita panggil: pantang larang dalam berdakwah. Akhirnya, daie tersilap meletakkan 'dosage' yang sesuai dengan manusia yang ingin didakwahkannya. Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini, pernah! Seharusnya kita belajar dari kesilapan lalu, bukan melupakannya...


Lalu, saya teringat kata-kata ini;

Para pendakwah yang mahir mesti berpegang teguh dengan ini; iaitu Masa Adalah Sebahagian Daripada Rawatan - ISHAB

Dan saya teringat juga kata-kata ini;

Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang di atas mimbar di Muktamar ini. Sesungguhnya jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis pandungannya. Aku tidak akan menyalahi garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa di kalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain- ISHAB

Istilah dakwah itu seni, bukan bermaksud menghalalkan segala jenis cara dan uslub untuk mencapai matlamat dakwah. Juga bukan bermaksud boleh main hentam saja mengikut pendirian dan pendapat sendiri dalam membuat dakwah. Segalanya perlu mengikut rambu-rambu syariat dan suluhan nabawiyyah kerana dakwah ini dakwah rabbaniyyah;

"Sebagai daie dan daiyah kita pun harus menggunakan cara dan sarana yang diilhami oleh aqidah islamiyyah sehingga langkah yang kita tempuh tidak terlepas daripada rambu-rambu syariat. Rasulullah telah mengajarkan kepada kita metode berdakwah yang mudah untuk diterapkan dan mencakup segala segi kehidupan, sehingga siapa saja yang ingin berdakwah tidak ada kesulitan mencari metode yang tepat dalam bergaul dengan masyarakat..." (Bagaimana Menyentuh Hati)

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik...[33:21]

"Tatkala anda ingin memikat hati mad'u, anda perlu ingat bahawa anda adalah seorang daie, bukanlah ulama atau fuqaha. Tatkala anda berdakwah, anda perlu ingat bahawa anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya" (Bagaimana Menyentuh Hati)

Begitulah.
Tiada istilah trial & error dalam berdakwah.

Monday, May 4, 2009

salam mujahadah!


barangsiapa bertaqwa kepada Allah,
maka Allah akan tunjukkan baginya jalan keluar [65:2]