Friday, March 20, 2009

Hur al Ansoriyy

Gembira saya bukan kepalang
kerana masih ada yang mahukan islam

Gembira saya bukan kepalang
kerana masih ada yang mahu berfikir untuk islam

Gembira saya bukan kepalang
kerana masih ada yang mahu beramal untuk islam

Begitulah, gembiranya saya demi islam, untuk islam

Saya diajar untuk tidak pernah putus asa
kerana putus asa bukan sifat seorang mukmin

Saya diajar bahawa semua ini hanyalah gerhana
bukan terbenamnya matahari

Saya diajar untuk terus beramal dan beramal
sedang natijahnya saya tidak pasti

Kerana masa depan saya adalah untuk islam, demi islam

Sangat indah apabila berjuang untuk islam
kerana hanya ada satu kesudahan
iaitu MENANG

Menang di atas pihak lawan
atau menang syahid di atas jalanNya

Amin.

--------------------------

Mahalnya seorang bidadari bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana letaknya mereka di SYURGA

Mereka adalah orang yang menyebut: nahnu Ansorullah (kamilah penolong agama Allah)


Justeru,
Hur-Al-Ansoriyy


they are growing up...
they are growing up...

insyaAllah

Thursday, March 19, 2009

...and what HE answered...

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan)


Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas


Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?


Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.


Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.


[Ad Dhuha: 3-8]

[a special dedication]

Thursday, March 12, 2009

Tentang Cinta

Cinta Hakiki - Raihan.mp3 - raihan

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

--------------------------------------

Adik,


Cinta adalah kurniaNya

Berikan kepada yang layak memilikinya


Cinta Hakiki


Bersandarkan Cinta Ilahi

Monday, March 9, 2009

Kenapa 'sentuhan' tidak menjadi?

Pernah beberapa kali saya duduk berbual-bual dgn rakan2 mengenai usaha dakwah & tarbiyyah, kami cuba melakukan muhasabah terhadap amal. Bukannya mahu menilai natijah, tp setiap kali perbincangan dilakukan, yg sering terkeluar dari mulut kami adalah keluhan demi keluhan:

"sentuhan kita makin lama makin tak menjadi, tidak kisahlah kpd org yg di dalam, mahupun orang yg di luar..."


Jadi saya teringat kepada wasiat Umar ini;


(WASIAT UMAR AL KHATTAB KPD SAAD B ABI WAQAS (KETUA TENTERA UTK PEMBUKAAN PARSI)


Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.


Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya lebih menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti dari musuh-musuh Islam.


Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan. Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.


Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili dari pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata ”Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan”.


Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel
yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi ( penyembah api ). Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami….”


-------------------------------


Baru-baru ini saya ada mendengar tazkirah tentang kufur nikmat (dari surah saba'). Tindakan kita sebenarnya yang menentukan sama ada hidayah akan ditarik balik atau tidak


Hidayah yg dimaksudkan merujuk kpd kefahaman islam, berada di atas jalan tarbiyyah, semangat utk dtg ke program, istiqamah dgn amal fardhi & sunat yg lain, rajin bgn qiam, ukhuwwah islamiyyah dsbnya...


Saya tertarik dgn point bahawa ukhuwwah islamiyyah juga adalah salah satu bentuk hidayah atau nikmat yg Allah berikan. Kadang2 bila terasa susah hendak berlapang dada dgn sahabat, boleh jadi itu petanda azab Allah ke atas maksiat atau dosa yg diri sendiri lakukan. Lantas nikmat ukhuwwah islamiyyah ditarik sedikit demi sedikit...


Saya cuma terfikir, nikmat ukhuwwah islamiyyah bukan saja boleh ditarik dlm bentuk berkurangnya ukhuwwah, tp juga apabila TERLEBIHNYA ukhuwwah...yg akhirnya membawa kpd mahabbah syaitaniyyah


Gejala ini lebih saya takuti berbanding yg lainnya, kerana ia lebih tersembunyi & sgt payah didetect oleh hati. Kadang-kadang tertipu dgn istilah hubungan kakak & adik, hubungan sahabat karib, hubungan 'mak' & 'anak'...Na'uzubillah


Semoga hati-hati da'ie terus dijaga daripada terlibat dgn ukhuwwah sebegini


Allahua'lam

Monday, March 2, 2009

Berkat

Bismillahirrahmanirrahim

Rasanya dh lama sy tak menjenguk blog ni. Bukannya tak mahu, tp masih belum ada kesempatan utk menulis sesuatu.

Alhamdulillah dah masuk semester baru, tahun baru. pejam celik, pejam celik, dhpun sampai ke thn ke-2 terakhir sblm back for good. Tahun dpn bakal bergelar final year student...insyaAllah

Tahun ini, kerja semakin bertambah, tanggungjawab semakin besar & berat. teringat sy kpd satu tazkirah: perlu lebih kuat kerana hidup akan makin sukar (http://satuperkongsian.wordpress.com/2008/04/27/perlu-lebih-kuat-kerana-hidup-akan-makin-sukar/#more-125)

memang hakikatnya masa 24jam sehari tidak akan bertambah, kewajipan tidak akan semakin berkurang. utk orang yg mahu hidup kerana Allah, begitulah sunnahnya:

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Al-Balad: 4)

Tetapi utk orang yg mahu mengejar kebahagian dunia, mereka akan hidup senang-banyak masa terluang, banyak duit yg hendak dibelanjakan sehingga rasa tidak cukup...

Hakikatnya da'ie,
Kala ini kita hanya mengharapkan keberkatan.

kalau dulu banyak masa utk belajar, kini masa belajar sudah berkurangan. kalau dulu hujung minggu sempat utk keluar shopping dsbnya, kini hujung minggu pun kita kena 'bekerja'. isunya di sini bukanlah bilangan masa yg ada, tp sejauh mana berkatnya masa itu.

kalau ada masa 24jam pun utk belajar, tp tak berkat, tak berguna juga...

kita mohon kpd Allah, keberkatan di atas setiap detik masa yg diluangkan utk ijazah & risalah ini

Amin.