Tuesday, June 8, 2010

Laman ini sudah berpindah ke http://ainunnadiah.wordpress.com/

Saturday, February 27, 2010

Hai Umm Qais!

(Khusus untuk Akhawwat anak didikku yang pernah berada di hadapanku untuk mendengar sedikit bicara tentang perjuangan, bagi kalian ini adalah silibus ulangan dan tambahan...sebagai tanda sayang yang tidak terkira...sebelum kita membawa halatuju masing-masing...)

Ibnu Mas’ud menyebut: seorang lelaki telah melamar seorang wanita yang dipanggil Umm Qais untuk memperisterikannya, wanita itu enggan berkahwin kecualilah lelaki itu sanggup berhijrah. Lantas lelaki itupun berhijrah kerana ingin memenuhi syarat wanita tersebut dan akhirnya merekapun berkahwin. Lalu ia digelar Muhajir Umm Qais. Kisah ini dianggap menjadi sebab wurud hadith pertama dalam hadith 40 Imam Nawawi yang biasanya dibaca dan dihafaz dalam halaqah tarbiah. Walaupun begitu ramai ahli hadith mempertikaikan kisah ini menjadi sebab wurudnya hadith tersebut (Lihat Jamie’ al-Ulum wa al-Hikam, hal. 14). Namun mereka tidak mempertikaikan kebenaran kisah tersebut dan pengajaran yang boleh diperolehi oleh umat Islam dalam memuhasabah niat dan amal mereka….


Tatkala mana Allah memfardhukan umat Islam di Mekah berhijrah ke Madinah, sebahagian mereka berhijrah kerana menyahut perintah Allah, cintakan agama dan perjuangannya. Tapi ada di kalangan mereka yang berhijrah kerana niat lain, demi perniagaan atau wanita yang ingin dinikahi. Yang pertama dianggap berhijrah kerana Allah dan kedua serta ketiga berhijrah kerana kepentingan dunia. Walaupun semua mereka sampai ke Madinah, namun di sisi Allah hijrah yang mereka lakukan tetap tidak sama. Bergantung kepada niat masing-masing. Lantaran itu Allah SWT memerintahkan RasulNya:

إذا جاءكم المؤمنات مهاجرات فامتحنوهن

(
Apabila datang berhijrah kepadamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji mereka). (Surah al-Mumtahanah:10)

Kata Ibnu Abbas: “Apabila ada wanita yang berhijrah (ke Madinah), maka Nabi SAW akan meminta mereka bersumpah “ Demi Allah aku tidak keluar kerana bencikan suami, Demi Allah aku tidak keluar kerana cintakan bumi ini mengatasi bumi itu (Mekah), Demi Allah aku tidak keluar kerana ingin memperolehi keuntungan dunia, Demi Allah aku tidak keluar kecualilah kerana cintakan Allah dan RasulNya”. (Jamie al-Ulum wa al-Hikam:14)

Lelaki itu (Muhajir Umm Qais) akhirnya berjaya juga memperolehi gadis idamannya dan Umm Qais merasa tenang kerana teruna idaman telah memenuhi syaratnya. Mereka terlupa bahawa hijrah adalah perjuangan. Ia memerlukan niat yang tulus dan benar-benar mulus untuk tuhannya. Semua perlu dilakukan dari awal keluar rumah hinggalah tiba di tempat yang dituju, ikhlas kerana Allah. Seratus peratus kerana Allah. Andai tercemar niat tersebut, perjuangan itu tiada keberkatan. Rumahtangga tanpa keberkatan tidak mungkin menjadi benteng perjuangan. Ia umpama rumahtangga biasa, yang dibina oleh muda-mudi kerana ikatan cinta rupa, harta dan dunia.

Orang-orang yang berhijrah bukan kerana Allah pasti bukan redha Allah yang dicari. Mana mungkin mereka ini mampu diharap akan thabat di hadapan cabaran perjuangan. Mereka inilah yang sering mendatangkan masalah pada perjuangan. Lihatlah kisah perang Uhud dan Hunain dalam al-Quran. Kewujudan beberapa anasir yang niatnya duniawi, menjadi sebab kekalahan tentera Islam di sana.

Ramai yang membaca kisah Umm Qais dan hadith pertama tersebut beranggapan ia cuma tinggalan sejarah. Terlupa bahawa catatan sejarah mungkin akan berulang.

Bagi orang-orang yang pernah terlibat dalam mentarbiah akhawwat pasti akan menemui kisah Umm Qais di kalangan anak didiknya. Apatah lagi akhawwat paling ramai berminat dengan aktiviti usrah berbanding dengan lelaki. Setelah bertahun diberi kefahaman khususnya akan kepentingan mereka sebagai murabbi keluarga dan generasiakan datang, akan ada yang bertindak seperti Umm Qais apabila hendak memilih jodoh.

Saat itu akan ada yang mengeluarkan ‘stok lama atau baru’ yang dahulunya tersimpan dalam hatinya. Masalahnya kini, dirinya sudah tidak seperti dulu…ia sudah ditarbiah, ada fikrah, sudah difahamkan akan kepentingan rumahtangga dalam amal Islami menuju daulah dan khilafah. Ia sudah khatam fikrah al-Banna, kitab-kitab adik beradik Qutub dan mungkin juga Muntalaq dan lain-lainnya. Mana lagi setelah didaurahkan dengan ISK, bainal ams walyaum, Shahadatul Haq dan lain-lain…tapi stok lama sayang untuk dibuang. Ia sudah bertahta dihati tanpa diketahui oleh sang Murabbi.

Saat itu terfikirlah untuk ‘renovation’ kerana mana mungkin ia mengikuti lelaki itu dalam keadaan begitu. Ia tahu orang itu kurang fikrah atau mungkin langsung tidak faham apa itu dakwah dan tarbiah. Apatah lagi memahami tugas sebagai mas’ul rumahtangga dalam memimpin ahli keluarga menjadi pengerak ummah. Ini kerana ‘فاقد الشيءلا يعطي’ (orang yang tiada sesuatu tidak mampu memberikan sesuatu’. Akhirnya ia mensyaratkan lelaki itu join program tarbiah, ikut usrah, ikut halaqah…padanya itu sahaja cara mematchkan dirinya yang ditarbiah dengan ‘stok’nya. Demi kerana memenuhi tuntutan sang akhawwwat yang dicintai, setujulah sang teruna dengan syarat-syarat itu. Bagi sang akhawwat, kemasukan si teruna dalam program tarbiah seperti halaqah dan usrah adalah ‘cop rasmi’ yang mampu menenangkan hatinya untuk melayari bahtera rumahtangga dan menghilangkan rasa bersalah pada fikrah baru yang bersarang dalam kepalanya. Mungkin sebagai alasan untuk dapat approval dari sang Murabbi…

Sama ada ia terlupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa proses tarbiah tidak cukup sebulan dua. Untuk dirinya sendiri berada di tahap sekarang ia terpaksa memakan masa bertahun-tahun. Pelbagai modul, halaqah, tamrin, mabit, mukhayyam, jaulah dan daurah yang ia terpaksa lalui. Belum lagi catatan pada borang muhasabah diri bertahun-tahun lamanya. Itupun sang murabbinya pernah menjelaskan, ini baru permulaan untuk perbincangan yang lebih penting dan kerja yang lebih besar di masa hadapan. Tapi pada diri teruna hatinya, ia mengharapkan sesuatu ‘keajaiban’ berlaku. Ia mengharapkan wiranya itu mampu menguasai apa yang ia fahami dalam tempoh yang singkat. Beberapa bulan sebelum walimahnya!. Mungkin tiada yang mustahil, tapi kalau niat awalnyapun sudah tidak jelas…pasti kisahnya seperti Muhajir Umm Qais dikesudahannya. Perjudian nasib yang tidak sepatutnya dilakukan oleh akhawwat yang masa depan diri, keluarga dan perjuangannya banyak bergantung pada lelaki yang memimpinnya. Bahkan ada yang mengatakan…takpelah, lepas walimah nanti saya akan cuba tarbiah suami saya macam yang saya faham…mungkin ia tidak pernah mengkaji tabiat lelaki…kesian.

Bagi sang murabbi, pasti pening kepala memikirkan jawapan apa yang sesuai apabila berhadapan dengan anak didik seperti itu. Dari aspek tarbiah, tidak salah menjadikan ia sebagai alasan untuk mengkategorikan yang anak didik itu masih tidak faham atau sengaja tidak mahu faham. Lainlah kalau kita sanggup ubah gerak kerja dakwah ini dan mendelete sahaja aspek pembinaan rumahtangga dalam marahil dakwah. Waktu itu sang Murabbi pula yang tidak faham tabiat dakwahnya.

Yang menyedihkan sesetengah kes ini berlaku pada akhawwat yang cukup pakejnya. Tidak susah mencari pasangan di kalangan rakan sefikrah. Tapi awal-awal lagi ia menutup ruang pasaran kerana sudah ada pilihan. Sang murabbi akhirnya terpaksa mengKIV dan mengklasifikasikan sebagai calon-calon yang bakal futur di masa hadapan khususnya setelah bertemu murabbi baru bergelar suami. Bahkan sejarah membuktikan begitu ramainya sang akhawwat yang terkurung dalam penjara suami begini, tak mampu bergerak. Ramai yang akhirnya terbudaya dengan budaya berfikir dan cara hidup suami. Pasif dan lebih menyedihkan fikrah yang tertanam tak mampu disemai dalam diri anak-anaknya sendiri. Tapi apa boleh buat namanya pun suami...mesti ditaati..

Mungkin bukan sekali dua sang Murabbi memberi nasihat dan tunjuk ajar lewat pertemuan tarbiah. Buku al-Bait al-Muslim juga mungkin khatam dibincangkan. Sayang idea murabbi cuma melekat dalam otak tapi tidak menjalar ke hati. Akhirnya sang murabbi terpaksa pasrah dan mendoakan kebahagian mereka tanpa amin dihujung…

Pernah aku mencadangkan kepada akhawwat yang tak mampu mengorbankan cinta lama demi perjuangannya agar...minta lah lelaki itu ditarbiah dahulu. Setahun, dua tahun, tiga tahun dan seterusnya...hingga terbukti bahawa ia bukan Muhajir Umm Qais. Biar ia melalui pelbagai ujian dalam tarbiah. Lepas tu kalau memang terbukti ia jujur...kahwinilah ia. Katanya lama sangat tu...tak tahan menunggu. Kenapa tidak mampu bersabar? Bukankah rumahtangga itu untuk selamanya? Hingga ke syurga?. Ia akan menjadi murabbi baru dalam usrah sebenar? ia akan memimpin dirimu dan anak-anakmu menuju perjuangan sebenar! (al-Nasr Sabru alSaah = kejayaan itu kerana mampu bersabar sesaat). Lagipun, dalam tarbiah kewaspadaan tahap tinggi sangat perlu, takut pilihan hati itu 'anasir bahaya' yang hadir sekadar untuk mencari rahsia...waktu itu tanpa disedari anda telah membawa masuk musuh dalam dalam rumah sendiri.

Apapun kisah ini akan terus berulang. Khususnya disaat budaya 'takut tak laku' dan 'mesti ada couple' menjalar dalam diri akhawwat muslimah. Tidak ramai sang akhawwat yang gemar jodohnya ditapis oleh murabbi dan dakwahnya. Baginya itu isu peribadi, isu keluarga...Malangnya bila rumahtangga bermasalah! Sang murabbbi lah orang pertama yang ia rasa mampu memberi idea penyelesaian. Mungkin kerana itulah sesetengah kawanku tidak mahu menghabiskan masa mendidik akhawwat. Bila difikir sikap mereka, ada benarnya.

Sang Akhawwat perlu sedar, memilih pemimpin keluarga bukan mudah. Perlu mengambil kira pandangan orang lain. Pandangan ibubapa sahaja tidak cukup apatah lagi kalau mereka sendiri tidak faham apa yang dia faham. Ibubapa biasa jarang meletakkan yang namanya ‘perjuangan’ sebagai hantaran utama sebelum perkahwinan. Bagi mereka yang dikira ialah dulang tembaga berisi perhiasan dunia dan wang berganda.

Sang Akhawwat perlu faham, apapun pilihannya selepas itu, ia bertanggungjawab sepenuhnya dan menanggung apapun risikonya baik di dunia maupun di akhirat. Moga Allah memberikan kita kewarasan berfikir dan mendahulukan Allah dan agamanya dalam membuat perkiraan. Kalau sebaliknya, pastinya kita menjadi orang yang paling menyesal di kemudian hari. Saat orang lain menghabiskan usia dalam medan perjuangan, kita mengira hari menuju kematian. Ketika buku usrah rakan setarbiah koyak rabak dikhatamkan dalam medan sebenar, buku kita koyak rabak dimakan anai-anai. Cuma sedar kewujudannya bila anak-anak yang sudah besar ingin membakarnya ketika membersihkan rumah orang tuanya yang dah tua dan tidak bertenaga.

Mungkin akan ada yang berkata, kenapalah sang Murabbi terlalu berfikiran negetif begini? Jawapannya senang sekali: kerana ia terlalu menyayangimu dan mengharapkanmu mampu menerima batton perjuangan yang bakal ia tinggalkan. Ia ingin kamu bahagia seperti Khadijah, Aishah, Fatimah...dalam rumahtangga perjuangan.

Sekadar melontar pandangan...mungkin aku tersilap dan mereka yang betul. Mudahan kita tidak termasuk dalam firman Allah SWT:

Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah kamu pada jalan Allah” Kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu merasa puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini berbanding diakhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain, dan kamu tidak dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. Al-Taubah: 38-39.

Tuesday, February 23, 2010

Kita Bersatu, Bukan Berpecah

Bismillahirrahmanirrahim

Sekali lagi sy terpanggil untuk menulis berkenaan kisah direct seller (yg sy pinjam daripada Ust Halim-Kisah Kopi cengkudu)

Tahun lepas sy ada menulis benda yg sama. Sy tulis, golongan yg nk membawa islam kpd m’kat, ibarat direct seller produk2 kecantikan. Walaupun dicap dengan brand JENAMA yg berbeza2 & bermacam gaya, tp konsep produk yg dijaja tetap SAMA, iaitu konsep produk kecantikan.

Saya ingin tanya anda, jika konsep produk yg dijual semuanya sama, iaitu produk kecantikan, kenapa kesemua JENAMA ini tak bergabung saja di bawah satu JENAMA yg SAMA, kan mudah? Apa jawapan anda? Pasti ada yg menjawab;

“Mustahil nak bergabung. Walau konsep produknya sama, tp ingredient atau contentnya berbeza.”

“Bila banyak JENAMA, ada ruang untuk pelanggan memilih mana2 yg suit dengan mereka.”

“Pasti setiap JENAMA ada sistem yg tersendiri, manhaj, cara-cara, pendekatan berbeza berbanding JENAMA yg lain. Kalau dah banyak benda berbeza, walau konsep produk yang dihasilkan sama, mana mungkin boleh bergabung”

Selesai satu bab.

Keduanya ttg sikap. Pernah anda lihat seorang direct seller jenama A memburukkan produk kecantikan jenama B? Sepanjang sy hidup, belum pernah. Yang keluar dari mulut direct seller hanyalah description ttg produk yg dijualnya, bukan umpatan, fitnah & kejian kpd produk2 jenama lain, semata-mata utk menaikkan jenama sendiri.

Selesai dua bab.

Ketiganya ttg sikap juga, tp mungkin lebih dahsyat dari yang kedua. Sy tak pasti ini berlaku atau tidak dlm kelompok direct seller sendiri. Pernah anda dengar: direct seller jenama A pergi berjumpa direct seller jenama B, kemudiannya direct seller jenama A menceritakan segala kisah keburukan jenama B yg didengarinya (tak tahu drpd siapa) kepada direct seller jenama B.

Yang peliknya, direct seller jenama A tersebut tak pernah tahu menahu, tak pernah nampak hadir ke sesi taklimat kerja jenama B, hatta tak pernah merasai bekerja dgn jenama B, malah mungkin masih belum bekerja sebagai direct seller pun semasa jenama B ditubuhkan. Tahu-tahu, apabila dengar saja satu kisah zaman dulu yg kurang elok tentang jenama B, direct seller A terus hebahkan.

Ending kisah ini agak menyedihkan. Disebabkan satu cerita yg disebarkan oleh direct seller A tadi, direct seller B mula tak yakin dgn jenama yg dia bekerja di bawahnya. Hati mula tak tenang, kerja mula tergendala sbb banyak berfikir dan mula ragu-ragu dan produktiviti kerja menurun. Kesannya kpd direct seller B, imbuhan dipotong, ganjaran dikurangkan. Bukankah ini akhirnya juga akan memberi kesan kepada masyarakat? Tergendalanya kerja direct seller B tadi, maka kuranglah bilangan masyarakat yg dpt di-reach oleh direct selling produk kecantikan. Makin berkuranglah orang yg memakai produk kecantikan, maka yg tak cantik akan semakin ramai.

Nak mengharapkan direct seller jenama A tingkatkan jualannya utk top up kekosongan jualan yg disebabkan oleh direct seller B tadi, sy rs mustahil sbb direct seller jenama A juga adalah manusia yg punya capacity yg limited & kewajipan2 lain. Seorang nk buat kerja utk dua orang, memang mustahil. Yang jd mangsa adalah masyarakat sbb berkurangnya direct seller produk kecantikan yg dpt reach mereka di rumah.

Direct seller jenama A, dahsyat bukan hasil tindakan anda tadi?

Robohnya Dakwah di Tangan Pendakwah (Fathi Yakan) ada menyebut ttg isu ini. Dalam sedar tak sedar, barangkali sikap fanatik daie itu sendiri (kpd organisasi, bukan kepada Islam) yg menjadi penyebab kpd tergendalanya amal dakwah, seterusnya mengurangkan jualan produk islam yang sampai kpd masyarakat. Kesan kpd daie sendiri adalah ganjaran ukhrawinya (pahala akhirat) berkurang kerana tergendalanya amal, dan kesan kepada masyarakat adalah jahiliyyah yg semakin kuat mencengkam sebab daie sendiri larut dgn kecelaruan & ragu-ragu.

Segalanya hanya kerana sebuah fitnah (maksud sebenarnya ‘kekacauan’) yang tak tahu sumber dan kesahihannya.

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal dan akan hilanglah kekuatan kamu semua. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yg sabar” [8: 46]

“Bekerjalah kamu, Allah akan melihat pekerjaanmu...” [9:105]

Jahiliyyah bersatu dlm merosakkan umat yg semakin tenat. Kerja kita bukan sedikit. Keluarlah dari kesibukan terhadap perkara-perkara yg akan merosakkan amal islami, iaitu amal kita semua

‘Gigit’ dengan kuat kata-kata ini;

Kita bersatu, bukan berpecah (Hasan Al Banna)

Wallahua’lam bissawab

Monday, February 22, 2010

Daie yg Serba Serbi Baru?

Sedar tak sedar dh lama rupanya tak menulis dgn panjang. Agaknya ini entry kedua sy utk tahun ini, tahun 2010. Banyak yg berlegar di fikiran, cuma tak diterjemah dlm bentuk tulisan.

Tahun ni bagi hidup sy, serba serbi BARU-rumah baru, ahlul bayt baru, medan baru, 'keluarga' baru, netbook baru...

Kalau sekadar lihat dari statement sy ini, blh bayangkan mcm suasana yg selalu berlaku bila nk dekat hari raya, serba serbi kena ditukar baru, atau gelagat org-org bekerja-kasut, beg, baju, tudung, kereta-semuanya perlu ditukar baru sempena tahun baru, walau pun elaun baru dipotong lantaran ekonomi haru biru.

Gejala serba serbi kena baru ini, sepertimana telah membudaya dlm m'kat, seperti itu jugalah telah membudaya dlm diri segelintir dari golongan yg nk memperbetul m'kat. Inilah yg sy lebih bimbang, sepertimana Umar berkata: "Aku lebih takut dgn dosa & maksiat yg dilakukan oleh tentera muslimin sendiri"

Serba serbi kena baru adalah salah satu dari cabang penyakit al hawa' (muqaddimah munthalaq).

Al hawa' ini walaupun hina tp hebat juga, kerana banyak manusia (tak terkecuali daie sendiri), yg merelakan kehidupan mereka utk disusun oleh al hawa'.

Janganlah sesuatu yg hina yg menyusun ke mana duitmu harus dibelanjakan, di mana kamu harus tinggal, dengan siapa kamu duduk, di mana kamu perlu beramal, bagaimana masamu dihabiskan, dengan siapa kamu harus berkahwin dsbnya.

Sedangkan dakwah itu lah yg mulia.
Biarlah harta, masa, tenaga & kehidupanmu disusun oleh dakwah.

Tahun ini mmg kehidupan sy serba BARU
Tp apa yg lebih penting, bukan sy yg menyusunnya, tp dakwah yg menyusunnya

Benarlah kata-kata;
Dia hidup dgn dakwah
& dakwah hidup dgnnya...

Jika da'ie sendiri tak hidup dgn dakwah, tak mustahil akan berlaku sepertimana yg disebut fathi yakan - gugurnya dakwah di tangan pendakwah sendiri

Wallahua'lam bissawab

Sekian Muhasabah diri,
Tahun BARU 2010

Monday, January 11, 2010

Si Syahid



Syahid pd 11 jan 2010.
Alhamdulillah sy sendiri menjadi saksi bahawa dia syahid di atas jalan ini.
Moga Allah terima.

p/s-masih teringat kpd as syahid kasut hijau & beg hijau - moga menjadi sepatu di syurga