hari khamis, malam jumaat. cadangnya malam ini hendak ziarah ke rumah kawan, hendak ajak baca Yasin bersama. sengaja kehadiran malam ini dirahsiakan daripada pengetahuan kawan
sebelum keluar, sempat daie 'menculik' lapan ketul burger malaysia yang dimasak oleh housematenya untuk dibawa bersama sebagai buah tangan
sebelum ke sana, daie singgah dulu di rumah sahabatnya yang lain-janjinya mereka hendak ke rumah kawan bersama-sama. tiba di jalan besar menuju ke destinasi seterusnya...
Allahuakbar!
sedar-sedar mereka sudah terpelanting ke bahu jalan... cedera sedikit, mujur tidak parah
* * *
cukuplah accident sebagai peringatan mati itu pasti, tetapi pengakhiran kita yang bagaimana? wa amitna 'alashahadati fi sabilik (dan shahidkanlah kami di jalanMu)
"people will die, either by cardiac arrest or apache...and I prefer apache" - As syahid Rantissi
Saban hari manusia makin sibuk. Saya sibuk...Dia sibuk...Assignment datang mencurah-curah, tests, presentations, exam yg bakal menjelang dsbnya "Tak ada orang lain ke nak buat kerja tu? Saya tak boleh sebab saya busy."
Sedar tidak sedar, segala2 nya adalah mehnah, satu lagi jenis ujian penapisan yang hendak tak hendak akan dilalui oleh setiap daie ilallah. Tabiat jalan dakwah itu adalah suci lagi mensucikan, kerana penjaga jalan ini bukanlah manusia, tetapi Allah SWT
[29:2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Kini daie teruji hanya dengan "masa", hilang konsep jihad, pengorbanan dsbnya? ia hanya terlekat sebagai konsep di kepala, tetapi tidak jatuh ke hati utk membuahkan amal
Sedangkan ujian masa ini datang melanda berkali2 dalam masa setahun, tetapi daie tetap dengan dirinya yg lama, tidak sanggup berubah...
[9:126] Dan tidaklah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?
[47:38]...dan Allahlah yang Maha Kaya dan kamulah yang berkehendak kepadaNya
Kadang-kadang saya sendiri terlupa, bahawa segala kunci kepada segala nikmat di atas muka bumi ini adalah pada Allah
jika semua orang ada masa 24 jam sehari pun, tetapi nikmat masa itu adalah relatif-bergantung kepada kuasa Allah untuk memanjangkan atau memendekkannya. kadang-kadang kita merasakan cepat betul masa berlalu dan ada kalanya kita merasakan masa berlalu begitu perlahan...
Tiada jihad tanpa pengorbanan (lihat Rukun Bai'ah)
Banyak manusia yang mampu untuk menyatakan kesediaan berkhidmat untuk islam, tetapi tidak semua-apabila saat perlu untuk berkorban-sanggup untuk berkorban
Akhirnya, lahirlah satu golongan yang hanya sanggup memberikan SAKI BAKI masa, harta dan tenaganya untuk islam - ini hasilnya jika MAHU berjihad, tetapi TIDAK mahu berkorban. dapat lihat perbezaannya?
Apabila menyebut daie, ia bukanlah satu label (atau sticker) yang boleh dicabut dipakai sesuka hati. Bila tak sibuk, saya nak pakai...dan bila busy sedikit, saya tanggal sebentar sticker daie ini. Nanti bila tak sibuk, saya pakailah balik...ini daie celup namanya
Daie adalah hakikat, daie adalah satu makna-bersamanya terangkum makna jihad, pengorbanan dsbnya...daie menjadi tentera dakwah & fikrah. jadi, jika susah sangat nak berkorban, bagaimana mahu jadi daie tulen?
Cuba fikir jauh. Inilah hakikat kesibukan yang akan dilalui oleh setiap dari kita di Malaysia nanti. Jika kala ini daie masih memilih untuk tidak mahu berubah sikap apabila diuji dengan masa, bagaimana dengan survival di medan yang sebenar nanti? mampukah? mampukah?
Angkatan Jahiliyyah tidak pernah berhenti mentarbiyyah umat, sedangkan daie boleh memilih untuk berhenti dan berehat. Di tangan kita sendiri, sedar atau tidak, kita sedang memacu kehancuran umat kerana kita memilih utk menanggalkan pakaian seorang daie tatkala kita diuji, hanya dengan masa...
Akhirnya, pertarungan sebenar daie adalah dengan al hawa' nya sendiri
Sekadar Refleksi diri, buat tatapan bersama Tidaklah yang menulis lebih baik daripada mereka yang membaca tulisan ini Nastaghfirullahal 'adzhim
Minggu ini boleh dikatakan minggu yang agak hectic juga. Bukan untuk saya seorang, tetapi untuk semua. Tidak kisahlah orang itu buat dakwah atau tidak, kerana hakikatnya setiap orang akan sentiasa disibukkan dengan sesuatu. Jika bukan disibukkan dengan islam, akan disibukkan dengan Jahiliyyah
Dan orang-orang yang disibukkan dengan islam pula, bermacam-macam karenahnya. Ada yang sibuk dengan teknikal (seperti memandu, menjadi AJK masakan, AJK beli barang dsbnya) dan tidak kurang juga yang sibuk dengan tarbawinya pula. Masing-masing berlumba-lumba hendak mengaut pahala daripada lautan amal yang luas terbentang, especially waktu-waktu cuti sebegini
Tetapi, yang disibukkan dengan teknikal ini pula, tidak semuanya 'faham'-bahawa ada bezanya antara KERJA DAKWAH dan KERJA PERSATUAN
Jadi, tak semua orang yang sedar dan tahu bahawa kadangkala mereka membuat kerja persatuan, bukannya kerja dakwah
Apa bezanya?
Yang satunya, dia adalah 'tentera agama dan fikrah', manakala yang satu lagi, dia adalah 'tentera kepada persatuan atau individu tertentu'
Apa bezanya lagi?
Mudah saja. Yang satunya, dia buat dengan KEFAHAMAN, manakala yang satu lagi, dia buat kerana TAKLID
Apa bezanya lagi?
Mudah saja. Yang satunya, bila dia buat kerja teknikal, ada nilai tarbawi di sebaliknya dan kerja itu mengubah dirinya menjadi lebih baik. Manakala yang satu lagi, bila dia buat kerja teknikal, dia buat sajalah, asalkan kerja selesai...Bila tengok balik, tidak mendatang kesan kepada dirinya pun
Kerja Dakwah vs kerja Persatuan...Hmm
Ini boleh kena pada sesiapa pun
Maka, berdoalah: "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan teguhkanlah pendirian kami..." [3:147]
Alhamdulillah baru-baru ini saya ke Gold Coast. Selalunya bila sebut Gold Coast, apa yang terbayang adalah world-world yg menarik untuk dikunjungi-sea world, movie world etc. Tetapi, baru-baru ini saya ke Gold Coast, saya bukan pergi ke world-world tersebut, tetapi saya melawat satu world yang jarang orang nak pergi dan mungkin tak banyak orang yang tahu kewujudannya
Jika hiburan di world-world tersebut kebanyakannya dibina oleh manusia, tetapi hiburan di world yg saya pergi ini adalah hasil reka cipta binaan Allah Ta'ala...bumbungnya tanpa tiang, lantainya luas terbentang, dan di antara keduanya adalah makhluk-makhluk (bukan manusia) yang sentiasa mengucapkan zikir tanpa henti
'Hiburan' yang murah, tetapi indah
Apa yang lebih manis, ia adalah 'hiburan' yang menaikkan iman dan mengeratkan ukhuwwah...sesuatu yang tidak akan boleh dibeli dengan duit ringgit manusia-[8:63]
Juga tidak dapat dilupakan, saya tidak bermalam di hotel atau hostel murah (kerana saya tidak cukup duit pun), tetapi cukuplah menjadi tetamu istimewa di Rumah Allah
Semakin lama 'berhibur', semakin dekat dan erat denganNya
PENGEMBARA yang mencari kebenaran.
MANUSIA yang mencari erti sebenar kemanusiaan. WARGANEGARA yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni. MEMAHAMI RAHSIA HIDUPNYA"(HAB)
TABAYYUN vs TASABBUT
-
Saat ini saya menghadiri Forum Fiqh oleh 4 orang mufti negeri. Antara yang
menarik adalah mengenai perbezaan antara perkataan “Tabayyanu (selidiki)”
dan “T...
Testimoni Vivix Shaklee Sirap Shaklee
-
Alhamdulillah ramai sangat yang dah rasa kesan ambil Vivix Shaklee ni.
Antara produk Shaklee, Vivix ni sebotol RM503. Murah ke mahal? Jom kita
selidik du...
Gagasan perpaduan masyarakat Melayu Islam
-
Kertas kerja ini dibentangkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam Seminar Perpaduan Ummah Dalam
Peradaban Ma...
SEKITAR KONWANIS 2010
-
Port Dickson 24 julai 2010 – Berlangsung sudah Konvensyen Wanita Islam
Nasional (KONWANIS 2010) atau KONWANIS kali ke 4 pada tarikh yang telah
ditentukan, ...