Friday, October 10, 2008

PASTI

Assalamualaikum wbt.

Jarang (malah tidak pernah) saya menulis ttg patient, walaupun sudah hampir setengah semester saya menghabiskan kehidupan di waktu siang saya di hospital. Tetapi kali ini saya berasa terpanggil utk menulis sesuatu.

Ironinya, baru pg tadi saya belajar ttg patient’s confidentiality (ttg release of patient’s info) & sekarang saya mahu menulis sesuatu ttg patient yg saya baru jumpa sebentar tadi. Bukan bertujuan utk mengumpat & saja2, tp bertujuan utk diambil hikmah di sebalik segala yg berlaku.

Sedikit ttg patient tersebut: an elderly man, presented to the hospital with 3-4months history of worsen dysphagia (difficulty in swallowing), on the background of reflux disease diagnosed many years ago.

Seperti biasa, kami (saya, groupmates & tutor kami) menemuramah patient tersebut, cuba untuk mencari punca masalah, berdiskusi ttg management dsbnya…

Akhirnya, setelah kami berjaya duduk di sebuah bilik yg lain utk berbincang dgn lebih lanjut, kami diberitahu oleh tutor kami ttg penyakitnya yang sebenar. Rupa2nya dia menghidap kanser (adenocarcinoma) di dalam salur makanannya, menyebabkan makanan tersekat & tidak boleh masuk ke dlm perut.

“He’s going to die…” masih terngiang2 kata2 tutor saya di telinga.

Tiba2 bilik itu sunyi sepi, hilang senyum di wajah kami.

“He’s a very nice guy & we’ve almost become good friends…” berkali2 tutor saya mengulang2 statement tersebut. Saya percaya terselit sedikit kecewa & sedih di hatinya.

Malah, saya sendiri berasa senang dengan patient tersebut walaupun baru kali pertama berjumpa. Di bibirnya tak lepas2 dengan senyuman, tidak ada langsung tanda2 pressure, tension, depress dsbnya…Sedangkan dia telah diberitahu ttg kematiannya.

Saya masih ingat apabila tutor saya mengatakan bahawa patient itu akan keluar dari hospital besoknya, kala itu saya menghadiahkan sebuah senyuman lebar kpd patient tersebut…Di fikiran saya tidak lain, mengagak bahawa patient itu telah sembuh. Rupa2nya dia pulang ke rumah untuk menunggu saat kematiannya…

“It’s like giving a death sentence to him…” tutor saya berkata lagi…

. MATI .
PASTI .

Masih terngiang2 di sudut hati saya

2 comments:

fatal1ty said...

I never been in that situation..gosh, i wonder how im gona react if im in that situation..im speechless..
It will haunt me evryday.

.:Ulun Nuha:. said...

Refleksi diri:
Peluang utk beramal & bertaubat masih terbuka luas..do grab it!