Tuesday, September 15, 2009

Buat tatapan W...




"Ayah, buah apa ni, Ayah?"

"Nangka...Atuk yang tanam"


* * *


"Ayah...Sungai la"


"Bukan...ini kolam ikan atuk. Atuk bela ikan"


* * *

"Akak, sepanjang saya di sini tak pernah saya ke NZ. Teringin memang teringin, tapi sebab kena jaga adik-adik, saya padamkan saja niat saya..."

Tersentuh hatinya, bagai mahu menangis mendengar pengakuan ikhlas itu. Akhirnya, ukht itu tidak juga ke NZ kerana sibuk menjaga adik-adiknya sehinggalah ke detik terakhir dia di sini.

Sedangkan kisah ini, hanya segelintir yg tahu. Jika tidak ada orang yg menceritakan kepada 'adik-adik' itu, memang mereka tidak akan tahu, tentang kisah pengorbanan dan kesabaran itu.

Dan kerana pengorbanan dan kesabaran itulah, 'adik-adik' itu pula, kini telah menjadi 'kakak'. Benih yang disemai oleh generasi terdahulu, kini kemanisan buahnya dapat dirasai oleh generasi kini.

Entahlah. Kadang-kadang, jauh di sudut hati ini berasa bimbang, kalau-kalau kemanisan buah tidak lagi dapat dirasa oleh generasi mendatang, seandainya generasi kini tidak faham apa itu berkorban dan berjuang...

Bagaimana mahu berkorban dan berjuang, jika masih sibuk memikirkan baju mana yang nak dipamerkan, jika masih fikir nak berhibur bersukaria, jika masih sibuk mengumpat dan mengata, jika masih suka mengeluh, jika masih tidak sabar, jika masih memberikan masa-masa terluang saja, jika masih memberikan lebihan-lebihan wang, jika tidak mahu bersusah sedikit, jika masih ada masa buat perkara lagha...

Aku hanya memohon kepadaNya yang menjaga urusan dakwah ini, dan aku akan terus berusaha, walaupun seandainya tinggal aku seorang...

"Demi Allah, kalaupun mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan meletakkan bulan di tangan kiriku, dengan maksud supaya aku meninggalkan tugas ini, sungguh tidak akan kutinggalkan, biar nanti Allah yang akan membuktikan kemenangan itu; di tanganku atau aku binasa karenanya." (Rasulullah SAW).

Wahai permata-permata dakwah, harapan ummah...
Ayuh! Kita pikul tugas risalah. Berat manapun, tak mengapa...
Kita Tanggung Bersama =)

Yang Benar,
U.W.

Sunday, September 6, 2009

...Kisah Luar Biasa...

Lake Eildon menyaksikan sebuah kisah luar biasa. Kenapa luar biasa; sebab saya sendiri hampir tidak percaya saya telah & mampu melakukannya. Saya pernah ke situ satu ketika dulu atas sebab yg sama, tapi dengan orang2 yg berbeza. Saya masih ingat pada masa tu, saya hanya memandang sayup bukit-bukit tinggi yang cerun, yang bagi saya, seumur hidup pun saya tak akan daki.

Tapi, semalam, sebuah kisah luar biasa telah berlaku. Luar biasanya kerana saya telah berjaya mendakinya, dan keduanya kerana ia berlaku di dalam bulan Ramadhan, dalam keadaan saya berpuasa.

La hawlawa quwwata illa billah.

Bermula dari 9pagi-4ptg.
Lamanya...
Memang cukup luar biasa.


Pendakian demi pendakian seolah-olah tak ada henti, meredah hutan, semak samun, tersadung, tergelincir entah berapa kali.
Kesabaran itu...
Memang cukup luar biasa.

Belajar cara2 survive di hutan, makan pun ala2 kadar. walaupun tak makan nasi masa sahur, masih mampu utk panjat bukit tinggi-tinggi.
Tahammul itu...
Memang cukup luar biasa

Ada yg terseliuh kaki, tapi berjaya juga mendaki. Saya yang tidak terseliuh pun sudah terasa hendak tercabut sendi, inikan pula akhowat2 yg memang alami kecederaan.
Kesungguhan itu...
Memang cukup luar biasa.

Buat yang terseliuh, ada rakan di sebelah yang memapah sambil mendaki. Bila penat, yang lain pula ganti.
Kesetiaan itu...
Memang cukup luar biasa.

Saling kuat menguat, saling memberi semangat. Kalau ada tak terlepas naik, ada sahabat yang menolak dari belakang memberi sokongan dan dorongan. Kalau terjatuh, biar kita terjatuh sama-sama.
Ukhuwwah itu...
Memang cukup luar biasa.

Bayangkan Khadijah Khuwailid berusia 53 tahun mendaki menuju Gua Hira' utk menemani Rasulullah
Bayangkan Asma' Abu Bakar mengandung tujuh bulan saat mendaki menuju gua Tsur
Bayangkan tentera Badar 313 tanpa kelengkapan-naik seekor unta, kongsi bertiga...Kuda pun hanya 2 ekor, kena pula hadapi tentera musyrikin 1000 orang, lengkap bersenjata.

Bayangkan...Bayangkan...Bayangkan...

Memang Badar Kisah Luar Biasa...Tetapi kita sendiri mampu mengambil iktibar roh Badar utk mencipta sesuatu yang luar biasa dalam diri, asal sahaja kita MAHU & YAKIN!

Bukit2 curam di Lake Eildon, telahpun ku tawan!
Memang luar biasa...Memang luar biasa...

Yang paling manis, bila kena denda pumping.
Cukup Luar Biasa!

.:Sariyyah Badar '09:.
sentiasa dalam kenangan