Sunday, January 25, 2009

.relax.reflect.

Hari ini saya memberi ruang untuk saya muhasabah diri. Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan saya balik ‘bercuti’ di Malaysia, dan hanya tinggal beberapa hari saja lagi yang berbaki sebelum kembali ke Melbourne.


Alhamdulillah kali ini sudah masuk kali keempat saya dapat merasai arus perjalanan dakwah di Malaysia. Hakikatnya, memang sangat berbeza dan jauh lebih mencabar daripada di Melbourne. Kata orang, jika di Melbourne hanya mengharung arus sungai, di Malaysia ibarat mengharung arus laut. Memang betullah jika ada yang berkata dakwah di sana sangat ideal, kondusif, tak realistik dsbnya…Itu semua memang benar jika dilihat dari perspektif realiti di Malaysia, satu tempat di mana kaki ini akan kembali berpijak dan langitnya akan dijunjung.


Kepulangan kali ini mungkin yang paling istimewa. Entah kenapa, jika dulu saya selalu sedih hendak meninggalkan Melbourne, tetapi kali ini sedikit demi sedikit rasa cinta kepada Malaysia semakin kuat mengisi jiwa. Malah, jika ditakdirkan untuk saya pulang ke Malaysia tahun ini pun, saya sangat gembira. Gembira dalam erti kata hendak buat dakwah di sini.


Boleh dikatakan saya seorang yang lambat utk adapt dalam apa jua keadaan. Kepulangan ke Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya lebih kepada proses adapatasi, menganalisa, menilai dan cuba mencari resolusi. Akhirnya, saya tiba kepada satu konklusi, bahawa satu kekuatan atau bekal yang perlu ada untuk survive dalam arus di sini adalah kemahuan yang tinggi. Jika ini tidak berjaya dipupuk dan dihidupkan dalam diri, nescaya banyak da’ie akan mudah lemas dan tenggelam dibawa arus perdana. Akhirnya, sedikit demi sedikit anak singa yang telah diasuh di negeri orang bakal kembali menjadi kijang yang pengecut di bumi sendiri.


Di Malaysia memang banyak cabaran, banyak masalah, banyak hak yang perlu ditunaikan, banyak kekangan dsbnya…Betul! Persoalannya, adakah ini semua akan berubah jika ditunggu sehingga tahun depan? Jawapannya adalah tidak. Malah, dari setahun ke setahun akan timbul masalah baru, kewajipan baru…yang semakin lama akan semakin bertambah, bukannya semakin berkurang. Tidak sedikit da’ie yang berhadapan dengan isu-isu ini setiap kali balik ke Malaysia, dan bukan sedikit juga yang akhirnya tertipu atau terperangkap. Dari satu alasan, akhirnya menjadi satu hambatan jika da’ie terus membiarkan syaitan menghiasi kefuturan itu. Saya bukan membebel tentang teori, tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri.


Akhirnya, peperangan ini bukan peperangan dengan family yang tidak faham dakwah, bukan peperangan dengan hak-hak yang perlu ditunaikan, bukannya peperangan dengan masalah transport, susah nak bergerak dsbnya...tetapi peperangan dengan kehendak dan kemahuan diri sendiri.


Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri [13:11]


Kuncinya adalah diri sendiri. Jika diri sendiri memang ada kehendak, kemahuan, dan usaha yang kuat, insyaAllah Tuhan akan menunjukkan dan mempermudahkan jalan. Kalau awal-awal diri sendiri sudah ada rasa malas hendak ke program, rasa susah, payah, leceh, berat hendak tinggalkan family, malas hendak travel jauh-jauh dsbnya, memang selayaknya lah kesusahan itu akan datang bertimpa-timpa. Datang pula Syaitan memujuk rayu, mempercantikkan alasan. Akhirnya tewaslah seorang lagi tentera Allah yang telah berjanji di hadapanNya, kalah di bumi sendiri.


Di sini saya senaraikan masalah-masalah, alasan-alasan atau perasaan-perasaan yang boleh menghambat seseorang da’ie daripada membuat dakwah di Malaysia;

1) Takut untuk travel sorang-sorang (sedangkan di Australia memang selalu travel sorang-sorang)

2) Parents tak bagi travel sorang-sorang (sama seperti di atas)

3) Malas nak travel jauh-penat badan

4) Sayang nak tinggalkan family, kehidupan selesa

5) Masalah transport (sedangkan belambak bas ekspres, teksi, bas biasa, kapal terbang, kapal laut, kereta akhawat di Malaysia)

6) Tak tahu nak baik bas sendiri (hmm...boleh pulak survive di Australia ye...)

7) Family tak bagi pergi program-program dakwah (hakikatnya, 90% da’ie hadapi masalah ni. if semua da’ie layan masalah ni, akhirnya tak akan ada manusia buat dakwah di Malaysia ni)

8) ...


Di sini saya senaraikan juga solusi-solusi praktikal kepada perkara di atas:

1) Iman (jaga hubungan dengan Allah, ie mutaba’ah amal)

2) Kemahuan dan kehendak yang tinggi

3) Think positive, ie if di Australia boleh travel dan survive sorang-sorang, di Malaysia tak kan tak boleh?

4) Bawa akhawat ke rumah-berkenalan dengan family

5) Berpakat dengan akhawat pergi program sama-sama etc

6) Be telus dengan akhawat if ada masalah transport, family etc

7) Belajar seni berhelah-bukan menipu

8) Banyak berbincang dan merancang dengan akhawat (tanya pendapat akhawat alasan apa yg nak diberi pada family)

9) If tak dapat datang whole program, dpt dtg separuh, suku atau kurang suku program pun jadilah…in other words, kena datang juga

10)


Saya ingin menghidupkan kembali satu hadis Rasulullah (bukan matan sebenar), “Hati manusia ada waktu syirrah dan fatrah. Beruntunglah manusia yang dalam waktu fatrahnya, masih berada dalam sunnahku.”


Sunnah rasulullah yang terbesar adalah dakwah itu sendiri


Allahua’lam


Semoga hati-hati ini terus tsabat di atas jalanNya.


(Tribute to: Ust. Salmah, Sg. Petani)


Sunday, January 4, 2009

Ini Peranan Kita

(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20090103220008/Article/index_html)

Ummah perlu kuat, tinggi martabat bersandarkan iman dalam memerangi rejim Israel


SERANGAN pengganas Israel terhadap Gaza pada penghujung 2008 dan permulaan 2009 pasti menghapus ingatan masyarakat antarabangsa terhadap kisah kasut dan seorang presiden yang sangat memalukan.

Sekarang media tertumpu pada pencerobohan Israel ke atas bangsa Palestin, kes kasut sudah selesai, dunia tidak perlu ingat lagi.

Bahkan yang lebih memilukan hati seorang Muslim adalah fokus serangan keji dan tidak bertamadun Israel sekutu Amerika Syarikat itu hanya dikhususkan kepada Hamas sebagai pemerintah sah Palestin.

Padahal kini dalam konteks perjuangan tulen, Palestin adalah Hamas dan Hamas adalah Palestin. Hamas adalah usaha memanjangkan Harakah Muqawamah Islamiyyah (Gerakan Penentangan Islam) ditubuhkan sekitar pertengahan 1980-an. Ketika itu, penulis masih menuntut dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh, Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Kuwait.

Satu peristiwa yang masih hangat dalam ingatan penulis, ketika nama pergerakan itu diperkenalkan satu polemik bahasa muncul di khalayak masyarakat Arab berkaitan penggunaan kata 'hamas' yang menurut sesetengah pendapat tidak tepat kerana sepatutnya dari segi bahasa Arab diucapkan 'hamasah' atau 'himas' bererti semangat.

Bagaimanapun, penggunaannya dikekalkan kerana tidak berkaitan dengan masalah ucapan tetapi perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel. Bukan masalah standard bahasa 'fi'al' atau 'fa'alah'.

Bahasa Arab tidak mengenal singkatan dalam sistem tata bahasanya. Walaupun ada, ia sangat sedikit dan boleh dikira dengan jari. Sebagai contoh, singkatan huruf jim-mim-'ain adalah untuk Jumhuriyyah Misr 'Arabiyyah (Republik Arab Mesir); huruf 'dal' untuk doktor; dan huruf 'hamzah' untuk profesor di universiti.

Serangan ganas Israel yang meragut 400 nyawa dan mencederakan lebih 1000 orang awam selama lima hari bukan yang pertama dan terakhir bagi bangsa Yahudi.

Mereka pernah membunuh 70,000 nabi sehari dan tidak rasa salah sedikit pun apatah lagi menyesal, ini pula hanya manusia biasa walaupun kanak-kanak dan orang tua.

Mereka tidak akan berhenti mengganas kecuali seperti dikatakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad beberapa masa lalu, Yahudi dihapuskan dari peta dunia.

Namun siapa berani, sanggup dan berkuasa? Malah sekarang berlaku sebaliknya, umat Islam yang tidak ada dalam peta dunia.

Bangsa Yahudi khasnya di Israel tidak takut kepada umat Islam dunia kini yang masih mendepani keduniaan daripada kehidupan akhirat.
Mereka tidak takut selagi umat Islam mengamal dan memakan riba; bergembira pada malam tahun baru atau tidak peduli halal makanan yang di lahap. Bangsa Yahudi akan gerun jika umat Islam benar-benar melaksanakan ajaran Islam.
Perdana Menteri pertama Israel, Golda Mier, pernah berkata bahawa dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhannya selagi mereka tidak solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat.
Keyakinan ini diucapkan Perdana Menteri perempuan itu ketika Arab dan Israel berada dalam kancah peperangan.

Kelompok pelampau agama Yahudi pun mempercayai kehancuran bangsa mereka akan berada di tangan umat Islam. Kepercayaan mereka berdasarkan keimanan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya Muhammad adalah seorang nabi, tapi tidak mahu mengikutinya.

Oleh itu, mereka percaya seperti diberitakan dalam beberapa hadis berkaitan akhir zaman, bangsa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam sehingga batu pun berkata kepada tentera Islam: "Wahai pejuang Islam! Di sebalik aku ada orang Yahudi maka bunuhlah."

Antara hadis itu adalah yang bermaksud:
"Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)." (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim)
Kepercayaan bangsa Yahudi termasuk umat Kristian terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dibawa Baginda termaktub dalam sebuah ayat al-Quran yang maksudnya: "Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) seperti mereka mengenali anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan demikian." (Surah al-Baqarah: 146)

Mengapa mereka mengetahui sifat Nabi Muhammad dan kebenaran Islam yang dibawa Baginda. Al-Quran membuktikan maksudnya:

"Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad) Nabi Ummi yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara baik dan dia melarang daripada melakukan perkara keji; dia menghalalkan bagi mereka segala benda baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda buruk; dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya." (Surah al-A'raf: 157)

Bangsa Yahudi dan umat Kristian mengimani Nabi Muhammad dan mempercayai kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menjadi pengikutnya. Jika bangsa Yahudi menang dalam perang menentang Arab, maka barang rampasan perang itu tidak lagi mereka bakar seperti diajarkan Taurat tetapi mereka memanfaatkannya seperti yang diajarkan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Ini satu contoh pentafsiran ayat di atas khasnya perkataan "dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka." Mereka percaya tetapi tidak ikut.

Sebaliknya, umat Islam harus menjadi kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya: "Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Surah Ali 'Imran: 139)

Syarat kekuatan dan kemenangan dalam ayat ini ialah beriman. Inilah yang membezakan umat Islam dan ahli kitab. Mereka mempercayai kebenaran Islam, tetapi tidak mengikutinya.
Sebaliknya, kita pengikut Islam, tidak mempercayai kebenarannya. Inilah yang sedang kita perhatikan di Gaza, Palestin serta kawasan yang sama dengannya. Ghufranak, Ya Rabb!


Kuasa Bukan di Tangan Mereka

(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090104085009/Article/index_html)

SEJAK seminggu lalu ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya orang awam, terbunuh akibat serangan Israel. Sementara itu lebih 1.3 bilion umat Islam hanya mampu melihat kekejaman yang dilakukan oleh negara yang mempunyai kira-kira tujuh juta rakyat dan keluasan tanah 21,946 kilometer persegi. Di luar Israel pula terdapat kira-kira tujuh juta lagi orang Yahudi. Tetapi mereka menguasai media, sistem kewangan dan perbankan, hiburan dan teknologi maklumat. Mereka juga mempunyai suara yang kuat di Amerika Syarikat (AS) melalui gerakan lobi yang sangat berpengaruh.

Kerajaan Hamas yang mahu ditumbangkan oleh rejim Israel bukan kerajaan haram. Kerajaan ini dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin pada tahun 2006 menggantikan kerajaan Al-Fatah yang dianggap korup sebelum ini
Rakyat Palestin memilih Hamas melalui pilihan raya - cara demokratik yang selama ini mahu dieksport oleh AS ke Tanah Arab. Selama empat dekad rakyat Palestin memberi peluang kepada kerajaan yang dipimpin oleh Yasser Arafat tetapi ternyata keyakinan itu meluntur. Masalahnya Hamas, gerakan yang dimulakan oleh Sheikh Ahmad Yassin itu dilabelkan “pengganas” oleh AS. AS tidak mengiktiraf kerajaan Hamas yang mewakili suara majoriti rakyat Palestin. Israel pula menganggap Hamas gerakan militan yang mesti dihancurkan.

Apakah alasan serangan Israel kali ini? Hamas membahayakan kedudukannya? Hamas mengancam keselamatan rakyatnya? Atau Gaza menjadi sarang gerakan militan Islam? Apapun alasan yang diberikan oleh Israel, kita tahu, sejak kelahiran negara itu pada tahun 1948, rakyat Palestin tidak pernah selamat.
Dari lebih tujuh juta pelarian perang di dunia hari ini, lebih separuh merupakan pelarian Palestin.


Satu hakikat yang harus diterima oleh Israel ialah dasarnya terhadap Palestin serta kekejaman ke atas mereka telah menggerakkan kebangkitan rakyat (intifada). Lebih buruk lagi ia menjadi pencetus pada kemarahan luar biasa umat Islam di seluruh dunia, terutama di kalangan orang muda. Kemarahan inilah yang menjadi punca gerakan militan di kalangan generasi muda Muslim.

Memang Islam tidak menggalakkan keganasan apa lagi menghalal “suicide bombers”. Tetapi dalam keadaan terdesak dan apabila kemarahan tidak dapat dikawal lagi, tindak balas sedemikian tidak dapat elakkan. Gerakan militan Islam bercambah akibat tindakan Israel di tanah Palestin. Hal ini disedari oleh semua pihak - termasuk AS dan Israel serta sekutu mereka. Kemarahan generasi muda Muslim terhadap Israel menyebabkan generasi (yang banyaknya terpelajar) ini mengambil tindakan drastik. Mereka sedar kekecilan mereka berbanding kuasa ketenteraan Israel dan sekutunya AS. Mereka sedar kuasa ketenteraan tidak boleh “mengalahkan” Israel. Tetapi atas nama mempertahan kesucian Islam dan menentang musuh Islam, banyak anak muda ini menjadi pengebom berani mati.

Bagi generasi Muslim yang gelisah ini, mereka melihat penaklukan ke atas Afghanistan oleh tentera Russia pada tahun 1979, konflik di Kashmir, kekejaman puak Serb di Bosnia-Herzegovina dan tindakan kejam Russia di Chechnya sebagai penganiayaan ke atas umat Islam dan bukti kelemahan mereka. Generasi ini sedar kerajaan mereka tidak dapat berbuat apa-apa bagi menentang kekuasaan ketenteraan konvensional. Kemarahan itu ditambah pula dengan penaklukan AS di Afghanistan dan Iraq.

Kita harus ingat tentera kedua terkuat di dunia suatu masa dulu - Russia - tewas di tangan pasukan yang hanya berbekalkan semangat dan peralatan senjata primitif. Mereka dipuja di Barat sebagai penentang Russia. Pejuang Mujahidin dinobatkan dalam budaya popular Barat - dari novel hingga filem. Mereka dibiayai sebahagian besarnya oleh AS. Banyak pejuang muda Muslim dari seluruh dunia yang turut sama menentang Russia di Afghanistan. Malah mereka dimatangkan oleh perang cara gerila. Tetapi selepas September 11, mereka semua dilabelkan pengganas. Pejuang yang pernah disanjung oleh Barat AS ini sebahagiannya ditahan di Guantanamo, Cuba dan dianggap “illegal combatants” dan dinafikan hak untuk membela diri.

Dalam konflik yang terbaru ini, kemarahan generasi muda Muslim diperhebat oleh kehadiran teknologi terbaru. Kalau dulu hanya TV 24 jam yang membawa laporan pelbagai bentuk serangan dan kekejaman, dalam kempen Israel terbaru ini, teknologi ICT ternyata amat berpengaruh. You Tube membuat laporan 24 jam serangan itu, lengkap dengan kesan serangan dan kematian serta kecederaan ke atas manusia serta kemusnahan harta benda. Generasi muda Muslim ini mendapat gambaran tanpa suntingan apa yang berlaku 24 jam di Gaza.

Saya meramalkan tindakan Israel kali ini akan melahirkan pusingan baru keganasan. Dan lebih banyak lagi anak muda Muslim yang akan bertindak agresif dan ganas. Israel perlu menghentikan serangan tidak bertanggungjawab ini. Mereka melakukan perkara yang sama ke atas Lubnan dua tahun lalu walaupun dunia mengutuk tindakan itu. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin? Berapa tinggi lagikah tembok yang akan didirikan untuk menyulitkan pergerakan rakyat Palestin? Berapa banyak lagikah kesengsaraan ekonomi yang harus ditanggung oleh mereka akibat sekatan ekonomi?

Israel nampaknya mengambil kesempatan dari peralihan kuasa di Rumah Putih kali ini. Presiden Bush yang hilang taringnya tidak ada kredibiliti lagi bercakap bagi pihak AS.

Barack Obama tidak dapat berbuat apa-apa masa ini. Beliau tidak akan mengutuk tindakan Israel. Demokrat merupakan parti yang didukung oleh lobi kuat Yahudi di AS. Tambahan pula Obama meletakkan beberapa orang Yahudi dalam kabinetnya selain melantik Hillary Clinton sebagai Setiausaha Negara AS.
Saya tidak nampak perubahan dasar luar AS mengenai Israel atau Palestin di bawah Obama.

Politik dalaman Israel juga nampaknya akan memanjangkan konflik ini. Perdana Menteri, Ehud Olmert mahu membuktikan dia tegas dan boleh membuat keputusan. Bekas Perdana Menteri, Ehud Barak, yang kini menjadi Menteri Pertahanan mahu membuktikan beliau masih relevan. Menteri Luar, Tzipi Livni, mahu menunjukkan sebagai wanita beliau tidak boleh diambil mudah. Malah bukan rahsia lagi beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Israel pada waktu terdekat. Malang sekali rakyat Palestin sekali lagi akan menjadi mangsa percaturan politik AS dan Israel.

Dalam dunia Islam, akan kedengaran kecaman hebat dari mimbar masjid hingga ke kedai kopi. Tetapi apakah daya umat Islam. Mereka berada dalam kedudukan yang lemah.
Negara Islam yang kaya di Semenanjung Arab lebih ghairah membina pencakar langit dan membeli harta secara besar-besaran di AS dan Eropah. Negara Islam yang miskin berperang dengan kebuluran dan penderitaan rakyat. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab membuat satu atau dua kenyataan mengecam, selepas itu menjadi penonton drama menyayat di Gaza.
Umat Islam seperti biasa hanya meraung dan menangis. Kuasa bukan di tangan mereka...