
("Aku sudah menikah dengan perjuangan ini..." kata-kata yang diucap oleh Gambang, anak perempuan kepada pejuang Islam Tjoet Tja' Dhien saat dia masih belasan tahun.)
* * *
* * *
Kalau dahulu bercakap pasal dakwah, selalunya akan bercerita tentang kehebatan Rasulullah dan sahabat, tentang method pemikiran salafussoleh, tentang manhaj ikhwan, tentang Jalan Dakwah Mustafa Masyhur, tentang manhaj taghyir Hasan Al Banna, tentang As Syahid Syed Qutb...tentang ustaz itu, tentang ustaz ini...
Kali ini cukup unik dan berbeza - apabila dia disoal: Bagaimana pula dengan cerita KAMU dan DAKWAH? atau cerita AKU dan DAKWAH?
"Ambil sehelai kertas, coretkan cerita hidup kamu dan dakwah...let say 10 tahun akan datang, kemudiannya, 30 tahun akan datang..." begitu arahan daripada pembentang.
"Kali ni cuba fokus tentang kamu dan dakwah...tolak tepi kerjaya, family dan yang lain2..."
Wah! Lagi susah! Iyalah, sebelum ini cerita dakwahnya banyak berlegar di sekitar kerjaya dan family. sekarang ni, nak kena tolak tepi semua benda tu...terkedu juga dia dibuatnya. Nak tulis apa ni?!
Baru dia sedar satu hakikat, dia tak pernah merancang untuk dakwahnya, sepertimana dia merancang kerjaya masa depannya dan keluarga.
10 tahun akan datang (lebih kurang 30-35thn) dia dh merancang nak jadi specialist dlm bidang yang diminatinya, tapi dalam bidang dakwah, dia tak pernah terfikir nak jadi apa...apatah lagi untuk 30 tahun akan datang (lebih kurang 50-55thn)...
"adakah masa umur tu sekadar nak jadi daie yg masih sibuk duk buat amal tajmi' mcm sekarang ni?"
kalau dinisbahkan dalam istilah doktor, peringkat muda2 sekarang ni mungkin jadi intern...adakah bila dah sampai 50thn pun masih nak jadi intern? (begitulah dalam analogi yg mudah)
Kenapa perlu bercakap pasal masa depan dalam dakwah?
Apa yang kita nak jadi dalam masa 10 tahun atau 30 tahun akan datang, langkah bermulanya adalah dari saat umur sekarang ni...
"Dakwah akan sentiasa berkembang, begitu juga daie - perlu selaraskan kehidupan dan diri agar selari dengan perkembangan dakwah"
Kalau tak, susah kita nak bercakap pasal nak mencapai ustaziatul 'alam, apatah lagi nak mencapai masyarakat Islam...
Atau dalam analogi mudah bidang perubatan - susah nak bercakap pasal nak majukan health system di Malaysia kalau semua doktor hanya setakat memilih nak jadi intern seumur hidup mereka...
Sedangkan memajukan health system di Malaysia sendiri MENUNTUT banyak tenaga kerja, kepakaran dan skill...
ada yang perlu membuat policy, ada yang perlu run dan assess keberkesanan policy, ada yang perlu cari dan train doctor2 baru, ada yang perlu bercakap di TV, di suratkhabar, di radio, ada yang perlu educate masyarakat yang lebih luas di luar sana...dan junior doctors (intern) selalunya banyak buat kerja 'dalam' hospital merawat pesakit, atas faktor2 usia, tenaga yang banyak dan qualification akademik dan pengalaman yang masih banyak perlu ditimba...
yang di atas akhirnya akan pergi...jadi nak tak nak perlu ada generasi pelapis (dari kalangan intern) yang mengisi kekosongan jawatan tenaga2 pakar.
training perlu bermula dari sekarang...
kalau tak, mahunya health system di Malaysia lingkup 10-30 tahun akan datang
begitulah sepertimana dakwah...
Banyak yang nak dikongsikan.
Tetapi cukuplah sekadar perkongsian tentang AKU dan DAKWAH
Bagaimana pula cerita KAMU dan DAKWAH? Atau pernahkah kamu terfikir...?
Wallahua'lam Bissawab
Tribute:
...Kembara Bunyanun Marsus '09
...Kembara Diri


