Saturday, November 21, 2009

'Sedih' biarlah bertempat...



Majlis semalam cukup simple...
Asalnya nak buat di park (hehe...nampak Oz-style sikit), tp hujan hingga ke petang...
buat juge di 'park', tp Park Drive (nama jalan sebuah rumah di sini)...

Begitulah, perancangan Allah...


Memang tak mewah, memang tak berwarna-warni mcm majlis2 org lain, duduk pun bersila atas lantai...

biasa saje...

tapi yg 'memewahkan' majlis smlm adalah kemanisan ukhuwwah & ketenangan yg dtg bersama dengannye...


kali pertama (dan mungkin kali terakhir) sy berkesempatan melihat & mendengar beberapa org sahabat menyanyi...

menyanyi utk kami, org2 yg bakal tinggal & meneruskan perjuangan...

saat mereka menyanyi, sy perhati sekeliling sambil sy kira2 bilangan org2 yg bakal tinggal tahun depan...

tak banyak...

sayu sy dlm diam...


tahun pertama...tahun kedua...

setiap tahun sy melihat rakan, teman, sahabat, kakak...balik ke Msia for good...

memang tak sah kalau sy tak menangis...

sedih atas 'perpisahan'...


sy ingat lagi mase sy masih menjadi adik2...

jarang sy melihat 'kakak'2 yg tinggal menangis bila D, cL, Kak M, Kak N, Kak Dd, Kak S, R, N dll BFG...

sy tahu mereka juge pasti sedih,

tp sy tak tahu, atas dasar ape mereka sedih...


kalau dulu sy melihat kepulangan sebagai perpisahan...

sedih bukan kepalang...

sedih tak dapat jumpa lagi...

sedih tak dapat bersama2 lagi...

sedih tak dapat bercakap2 lagi...

sedih tak dapat berkongsi perasaan lagi...
mencurah2 air mata...

begitulah definisi 'sedih' sy yg sempit...


org kata, biar malu bertempat...

sy kata, sedih pun biarlah bertempat...
biarlah ikut syariat...

kematian khadijah & Abu Talib...
dua org penyokong kuat kepada dakwah islam...

rasulullah meraung & menangis...

bukan sebab kematian keluarga...
bukan sebab suami kematian isteri...

tp kecintaan rasulullah kepada dakwah - sedih & gembira Rasulullah adalah kerana dakwah islam...

tentangan kpd islam & penerimaan semakin teruk setelah 'pulangnya' dua figure tadi...


smlm sy sedih juge dlm diam...

tp sedih sy kali ini bile mengira2 bilangan org yg akan tinggal...

sy tak sempat merasai fasa awal di mana dua tiga kerat sj yg nakkan tarbiyyah...

sy mengenal tarbiyyah di fasa org semakin ramai...

dan smlm sy belajar satu perkara;


"setiap pergerakan atau dakwah atau lembaga, betapa kuatnya atau betapa banyaknya kader-kader yang dimilikinya, masih tetap terancam 'bankruptcy'. mengingat dengan berlalunya waktu pasti kadernya akan surut & berkurang, seorang demi seorang, dan di suatu hari pasti akan mengalami kekurangan kader..."


"...bahawa sudah menjadi
keharusan bagi kita membentuk kader2 penerus yg kelak akan menjalankan tugas dakwah dan memegang kemudinya, mendidik kader2 berikutnya dan mengisi setiap peluang..." [ar Roqoiq]

sayu sy bila memikirkan nasib masa depan dakwah ini...

hakikatnya, ada Penjaganya...

tp bak kata Syed Qutb dlm Hazaddeen;

sunnatullah, dakwah hanya hidup atas hasil usaha manusia...

dan dakwah juga mati, atas hasil kelalaian manusia...


fikiran sy teringat kpd sebuah negeri yg lain...

nasib yg serupa barangkali...


tp melihat tunas2 baru,

buat sy tersenyum sendiri...

generasi harapan...

yg sedang dibina...


'tugas kita' masih belum selesai...

dan tak akan pernah selesai...


yang tinggal mahupun yang balik ke Msia...


membina sebuah generasi harapan...

agar islam terus diwarisi...

amin.

"Perlu lebih kuat, kerana hidup akan semakin sukar"

Monday, November 9, 2009

Think Big!

"Sebagaimana cita-cita yang tinggi dapat membuat hati bersih dan terbebas dari hal-hal yang rendah kerana sibuk dengan urusan yang besar-besar, juga dapat menghindarkan hati dari bencana, penyakit dan panah-panah syaitan."

"Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang, semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah terbang semakin terancam bencana" - Raqaiq

10 minit kita...
antara nak makan apa
antara nak pakai baju apa
antara nak tidur atau belajar
etc etc etc

10 minit mereka...
antara hidup atau mati
antara hidup atau mati
antara hidup atau mati


Sunday, November 8, 2009

'Dia' mengingatkan saya kepada Umar...



Keislaman Saidina Umar


Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam” Hadtih riwayat At-Thabarani

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab”

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”

Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : “Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran?”

Jawab Rasulullah SAW : “Benar”

Aku berkata lagi : “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi?”

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Keberanian Umar

Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa’bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’abah menyaksikan kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.”

Kata Umar lagi: “Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.”

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam

Hadith tentang Umar

Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar” Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

Umar dan Al Quran

Saidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :
1) Kisah tawanan Badar – ayat 28 Surah Al-Anfal
2) Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat – Ayat 125 Surah Al-Baqarah

3) Ayat Hijab – Ayat 53 Surah Al-Ahzab

4) Ayat tentang asal-usul kejadian manusia – Ayat 12 Surah Al-Mukminun

5) Ayat tentang arak – Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa’

6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq – Ayat 84 Surah At-Taubah
7) Kisah orang Munafiq – Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
8) Ayat 5 Surah Al-Anfal

9) Ayat 16 Surah An-Nur

10) Ayat tentang penghalalan jima’ di malam bulan Ramadhan – Ayat 187 Surah Al-Baqarah

11) Ayat 97 Surah Al-Baqarah

12) Ayat 65 Surah An-Nisa’

13) ayat 13 Surah Al-Waqiah

* * *

'Dia' memang mengingatkan saya kepada Umar al Khattab...
Sayu juga bila memikirkan perpisahan...
insyaAllah ada rahmat buat tanahair dengan kepulangannya...

Saya berharap moga akan wujud lagi seorang 'umar' di bumi itu, yang dengannya Rasulullah pernah berdoa: “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab”

Friday, November 6, 2009

Sebahagian dari mereka...?



Di Gynae Clinic (klinik pakar sakit puan)


Seorang patient Muslim masuk, sempat memberi salam kepada saya sambil tersenyum


Doktor berpaling kpd sy, "Do you know Arabic?"
"No, just the greeting" cepat-cepat sy menjawab.

Interpreter Arabic yg juga ada di situ, tersenyum penuh makna kpd saya.

* * *

Keluar saja patient tersebut dari consultation room, doktor & interpreter Arabic mula bersuara;


..."why she wants that in the first place?"..."she gonna ruin the whole practice"..."Stupid!"

Pada mulanya sy mengangguk2 dan seolah2 berada di 'pihak mereka'. memang kalau dilihat dari sudut perubatan, kemarahan & umpatan kpd patient tersebut berasas

Kemudian sy tersentak setelah sy muhasabah panjang.

Aku telah menjadi sebahagian dari mereka?
System yg rosak...daie pun blh rosak kalau larut di dalamnnya

Teringat kata2 Muaz bin jabal;
Ijlis bina wa nu'min sa'ah
Wajib menjadi fasal perlembagaan daie mukmin


Panjang sy beristighfar utk hari itu

Hmm...belum lagi menjadi doktor...