
Smlm hari raya. Eidulfitri kali ini yg paling special yg pernah saya rasai sepanjang hidup
Smlm utk pertama kali saya dpt bersolat raya di kawasan lapang, Debneys Park, Flemington. Sblm ni hanya bersolat raya di masjid2 atau di sebalik bangunan tertutup...
Waktu melangkahkan kaki ke situ, rasa terharu yg tak mampu diungkap bila terdengar laungan takbir raya bergema memenuhi pelusuk ruang, ditambah dgn keramaian saudara2 seakidah yg dtg dr pelbagai background. Saya rasa mungkin mencecah lbh 1,000 org...
Debneys Park adalah kawasan tanah lapang yg letaknya bersebelahan dgn jalan2 besar utama kenderaan lalu. Kesibukan bunyi kenderaan blh didengar dgn jelas...
Saya yakin mereka2 yg berada di dalam kenderaan yg melalui kawasan itu, ditambah dgn penghuni2 di sekitar situ dpt mendengar dgn jelas laungan kebesaran tersebut
Utk pertama kali di Oz saya mendengar kalimah membesarkan Allah diucap sejelas2nya, seterang2nya, tanpa berselindung2 lagi...setakat ni jika di masjid2 pun, seruan azan hanya ter'confine' di sebalik dinding bangunan masjid
Allah is AKBAR!
Allah is AKBAR!
Teringat saya kpd dakwah di Mekah, waktu pertama kali Rasulullah melaungkan kalimah yg sama di atas Bukit Safa setelah fasa dakwah terang2an baru bermula, barangkali begitulah perasaan para sahabat bila pertama kali mendengar kalimah al Haq dilaungkan tanpa segan silu, takut2 & sebagainya...
Perasaan yg payah diungkap dgn kata2 kerana ianya adalah cerita hati
.Senyum.
3 comments:
kenapa bersolat di kawasan lapang??
salam wbt.
sunnah (blh check dlm sahih bukhari & muslim). Rasulullah biasanya solat raya di kaw lapang, since masjid tak muat utk semua org
Allahua'lam
Owh..thnks for the info..Keep on blogging..a lots of knowledge that i gained from ur blog..
Post a Comment