Tapi, semalam, sebuah kisah luar biasa telah berlaku. Luar biasanya kerana saya telah berjaya mendakinya, dan keduanya kerana ia berlaku di dalam bulan Ramadhan, dalam keadaan saya berpuasa.
La hawlawa quwwata illa billah.
Bermula dari 9pagi-4ptg.
Lamanya...
Memang cukup luar biasa.
Pendakian demi pendakian seolah-olah tak ada henti, meredah hutan, semak samun, tersadung, tergelincir entah berapa kali.
Kesabaran itu...
Memang cukup luar biasa.
Belajar cara2 survive di hutan, makan pun ala2 kadar. walaupun tak makan nasi masa sahur, masih mampu utk panjat bukit tinggi-tinggi.
Tahammul itu...
Memang cukup luar biasa
Ada yg terseliuh kaki, tapi berjaya juga mendaki. Saya yang tidak terseliuh pun sudah terasa hendak tercabut sendi, inikan pula akhowat2 yg memang alami kecederaan.
Kesungguhan itu...
Memang cukup luar biasa.
Buat yang terseliuh, ada rakan di sebelah yang memapah sambil mendaki. Bila penat, yang lain pula ganti.
Kesetiaan itu...
Memang cukup luar biasa.
Saling kuat menguat, saling memberi semangat. Kalau ada tak terlepas naik, ada sahabat yang menolak dari belakang memberi sokongan dan dorongan. Kalau terjatuh, biar kita terjatuh sama-sama.
Ukhuwwah itu...
Memang cukup luar biasa.
Bayangkan Khadijah Khuwailid berusia 53 tahun mendaki menuju Gua Hira' utk menemani Rasulullah
Bayangkan Asma' Abu Bakar mengandung tujuh bulan saat mendaki menuju gua Tsur
Bayangkan tentera Badar 313 tanpa kelengkapan-naik seekor unta, kongsi bertiga...Kuda pun hanya 2 ekor, kena pula hadapi tentera musyrikin 1000 orang, lengkap bersenjata.
Bayangkan...Bayangkan...Bayangkan...
Memang Badar Kisah Luar Biasa...Tetapi kita sendiri mampu mengambil iktibar roh Badar utk mencipta sesuatu yang luar biasa dalam diri, asal sahaja kita MAHU & YAKIN!
Bukit2 curam di Lake Eildon, telahpun ku tawan!
Memang luar biasa...Memang luar biasa...
Yang paling manis, bila kena denda pumping.
Cukup Luar Biasa!
.:Sariyyah Badar '09:.
sentiasa dalam kenangan
sentiasa dalam kenangan
2 comments:
Akak, I cry when I read this post. it touches my heart.
khadijah n asma' are really great women. Women of paradise..
masya Allah!
desperately want to be as pious as them.
ila mardhatillah
Salam wrt
mereka wanita luar biasa, kerana mereka keluar dari kebiasaan...
=)
mg bermanfaat
Post a Comment