Sunday, August 30, 2009

Happy Merdeka!



31 Ogos 2009. Dah lama rasanya tak mengibarkan jalur gemilang, apatah lagi memegangnya. Malam tadi selepas terawih, kami sempat bergambar di musolla sambil mengibarkan jalur gemilang.




Dalam perjalanan balik ke rumah bersama dengan housemate saya, masing-masing memegang bendera kecil masing-masing yang telah disumbangkan oleh ISMA Australia secara percuma. Sengaja kami biarkan bendera berkibar-kibar ditiup angin yang dingin. Tiba di rumah, saya pacak bendera kecil saya di pagar rumah, niat saya mahu orang lain nampak bendera itu. Ia bukan hanya sekadar sebuah bendera yg saya dapat secara percuma, tapi lebih daripada itu.

Bangga.Sayang.Cinta

Barangkali inilah yang dinamakan patriotisme, ie perasaan cintakan negara.

"Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam..."

"Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan sempadan patriotisme kita ialah akidah. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotisme mereka ialah sempadan geografi. Sebenarnya setiap ceruk bumi yang terdapat seorang muslim yang menyatakan, “tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah” ia adalah bumi dan tanahair yang kita hormati, hargai, cintai dan kita serahkan keikhlasan serta jihad kita demi kebaikannya. Sementara setiap orang Islam yang berada dalam kawasan geografi ini adalah keluarga dan saudara kita yang kita berikan perhatian dan berkongsi bersama segala masalah mereka. Ini berbeza dengan pejuang patriotisme..."


[Risalah Da'watuna, Hasan Al Banna]

No comments: