Kesimpulan daripada perbincangan kami itu, kadangkala daie terlalu teruja dengan 'perubahan', sehinggakan melanggar batasan-batasan yang kita panggil: pantang larang dalam berdakwah. Akhirnya, daie tersilap meletakkan 'dosage' yang sesuai dengan manusia yang ingin didakwahkannya. Bukan tidak pernah terjadi sebelum ini, pernah! Seharusnya kita belajar dari kesilapan lalu, bukan melupakannya...

Lalu, saya teringat kata-kata ini;
Para pendakwah yang mahir mesti berpegang teguh dengan ini; iaitu Masa Adalah Sebahagian Daripada Rawatan - ISHAB
Dan saya teringat juga kata-kata ini;
Wahai Ikhwan, terutama mereka yang bersemangat ingin cepat menang di antara kamu. Dengar dariku kalimat yang tinggi berkumandang di atas mimbar di Muktamar ini. Sesungguhnya jalan kamu ini telah digariskan fasa-fasanya, telah diletakkan garis pandungannya. Aku tidak akan menyalahi garis panduan yang aku amat meyakini bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai (ke matlamat). Memang, kekadang ia jalan yang panjang, tetapi tidak ada jalan yang lain. Kehebatan seseorang akan terpancar melalui kesabaran, teguh, bersungguh dan bekerja tanpa henti. Sesiapa di kalangan kamu yang gopoh ingin memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum kembang, maka aku sekali-kali tidak bersama dia. Elok sekiranya dia meninggalkan dakwah ini dan pergi ke perjuangan-perjuangan lain- ISHAB
Istilah dakwah itu seni, bukan bermaksud menghalalkan segala jenis cara dan uslub untuk mencapai matlamat dakwah. Juga bukan bermaksud boleh main hentam saja mengikut pendirian dan pendapat sendiri dalam membuat dakwah. Segalanya perlu mengikut rambu-rambu syariat dan suluhan nabawiyyah kerana dakwah ini dakwah rabbaniyyah;
"Sebagai daie dan daiyah kita pun harus menggunakan cara dan sarana yang diilhami oleh aqidah islamiyyah sehingga langkah yang kita tempuh tidak terlepas daripada rambu-rambu syariat. Rasulullah telah mengajarkan kepada kita metode berdakwah yang mudah untuk diterapkan dan mencakup segala segi kehidupan, sehingga siapa saja yang ingin berdakwah tidak ada kesulitan mencari metode yang tepat dalam bergaul dengan masyarakat..." (Bagaimana Menyentuh Hati)
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik...[33:21]
"Tatkala anda ingin memikat hati mad'u, anda perlu ingat bahawa anda adalah seorang daie, bukanlah ulama atau fuqaha. Tatkala anda berdakwah, anda perlu ingat bahawa anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya" (Bagaimana Menyentuh Hati)
Begitulah.
Tiada istilah trial & error dalam berdakwah.
No comments:
Post a Comment