Satu hari, sekali lagi saya berhadapan dengan situasi keliru...Sedih, kesal, kasihan, itulah antara yang saya rasai

Analoginya begini:
Seorang kanak-kanak 6 tahun baru hendak masuk sekolah tadika. Sepatutnya apa yang difahami oleh kanak-kanak ini, di PERINGKAT INI adalah kepentingan untuk bersekolah dan belajar. Kerana jika awal-awal lagi kanak-kanak ini tidak nampak kepentingan untuk bersekolah, berlakulah kes-kes tak mahu ke sekolah kerana hendak bermain dsbnya...
Bayangkan seorang kanak-kanak 6 tahun, sebelum sempat dia memahami kepentingan bersekolah, dia sudah terlebih dulu diceritakan tentang universiti mana yang akan menjadi pilihannya nanti...Apa akan jadi dengan kanak-kanak ini tadi? Tidakkah dia akan keliru? Memang haru biru...
Begitulah jika hendak digambarkan situasi sekarang, walaupun mungkin tidak tepat sangat.
Antara perkara usul (asas/prinsip) dan perkara cabang. Di PERINGKAT INI, kepentingan bersekolah itulah perkara usul, manakala universiti mana hendak dipilih nanti, adalah perkara cabang.
Zaman ini banyak kanak-kanak terkeliru kerana terlalu dimomokkan dengan perkara cabang, sehingga tidak nampak lagi mana satu yang perlu dipegang dan digarap terlebih dahulu.
Teringat saya kepada kisah sapi betina:
Perintah asalnya cukup mudah dan ringkas, hanyalah: "Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina..." [2:67]
Tetapi pelbagai persoalan cabang ditimbulkan oleh kaum Yahudi sehingga hampir saja perintah itu tidak terlaksana kerana terlalu larut dengan persoalan-persoalan cabang [2: 69-71]
Allahua'lam
Memang cerita tentang universiti kena juga diberitahu kerana itulah realiti yang akan dihadapi oleh kanak-kanak itu nanti. Tetapi buat masa SEKARANG, jika kanak-kanak tidak faham kepentingan bersekolah dan akhirnya tidak mahu bersekolah, universiti pun entah ke mana...
Saya tidak menyalahkan kanak-kanak, tetapi saya cuma keliru apa yang cuba dikejar oleh guru-guru tadika...Bukankah satu kezaliman sekiranya akhirnya kanak-kanak ini tidak mahu bersekolah langsung kerana terlalu keliru?
Entahlah
Jika hendak cerita tentang isu ini memang tidak akan habis
Semoga Allah menunjuki kita semua ke jalan yang lurus

No comments:
Post a Comment