Saturday, April 18, 2009

kerja dakwah vs kerja persatuan

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini boleh dikatakan minggu yang agak hectic juga. Bukan untuk saya seorang, tetapi untuk semua. Tidak kisahlah orang itu buat dakwah atau tidak, kerana hakikatnya setiap orang akan sentiasa disibukkan dengan sesuatu. Jika bukan disibukkan dengan islam, akan disibukkan dengan Jahiliyyah

Dan orang-orang yang disibukkan dengan islam pula, bermacam-macam karenahnya. Ada yang sibuk dengan teknikal (seperti memandu, menjadi AJK masakan, AJK beli barang dsbnya) dan tidak kurang juga yang sibuk dengan tarbawinya pula. Masing-masing berlumba-lumba hendak mengaut pahala daripada lautan amal yang luas terbentang, especially waktu-waktu cuti sebegini

Tetapi, yang disibukkan dengan teknikal ini pula, tidak semuanya 'faham'-bahawa ada bezanya antara KERJA DAKWAH dan KERJA PERSATUAN

Jadi, tak semua orang yang sedar dan tahu bahawa kadangkala mereka membuat kerja persatuan, bukannya kerja dakwah

Apa bezanya?

Yang satunya, dia adalah 'tentera agama dan fikrah', manakala yang satu lagi, dia adalah 'tentera kepada persatuan atau individu tertentu'

Apa bezanya lagi?

Mudah saja. Yang satunya, dia buat dengan KEFAHAMAN, manakala yang satu lagi, dia buat kerana TAKLID

Apa bezanya lagi?

Mudah saja. Yang satunya, bila dia buat kerja teknikal, ada nilai tarbawi di sebaliknya dan kerja itu mengubah dirinya menjadi lebih baik. Manakala yang satu lagi, bila dia buat kerja teknikal, dia buat sajalah, asalkan kerja selesai...Bila tengok balik, tidak mendatang kesan kepada dirinya pun

Kerja Dakwah vs kerja Persatuan...Hmm

Ini boleh kena pada sesiapa pun

Maka, berdoalah:

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan (dalam) urusan kami dan teguhkanlah pendirian kami..." [3:147]

No comments: