Tuesday, April 28, 2009

celup vs tulen

Saban hari manusia makin sibuk. Saya sibuk...Dia sibuk...Assignment datang mencurah-curah, tests, presentations, exam yg bakal menjelang dsbnya

"Tak ada orang lain ke nak buat kerja tu? Saya tak boleh sebab saya busy."

Sedar tidak sedar, segala2 nya adalah mehnah, satu lagi jenis ujian penapisan yang hendak tak hendak akan dilalui oleh setiap daie ilallah. Tabiat jalan dakwah itu adalah suci lagi mensucikan, kerana penjaga jalan ini bukanlah manusia, tetapi Allah SWT

[29:2] Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Kini daie teruji hanya dengan "masa", hilang konsep jihad, pengorbanan dsbnya? ia hanya terlekat sebagai konsep di kepala, tetapi tidak jatuh ke hati utk membuahkan amal

Sedangkan ujian masa ini datang melanda berkali2 dalam masa setahun, tetapi daie tetap dengan dirinya yg lama, tidak sanggup berubah...

[9:126] Dan tidaklah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?

[47:38]...dan Allahlah yang Maha Kaya dan kamulah yang berkehendak kepadaNya

Kadang-kadang saya sendiri terlupa, bahawa segala kunci kepada segala nikmat di atas muka bumi ini adalah pada Allah

jika semua orang ada masa 24 jam sehari pun, tetapi nikmat masa itu adalah relatif-bergantung kepada kuasa Allah untuk memanjangkan atau memendekkannya. kadang-kadang kita merasakan cepat betul masa berlalu dan ada kalanya kita merasakan masa berlalu begitu perlahan...

Tiada jihad tanpa pengorbanan (lihat Rukun Bai'ah)

Banyak manusia yang mampu untuk menyatakan kesediaan berkhidmat untuk islam, tetapi tidak semua-apabila saat perlu untuk berkorban-sanggup untuk berkorban

Akhirnya, lahirlah satu golongan yang hanya sanggup memberikan SAKI BAKI masa, harta dan tenaganya untuk islam - ini hasilnya jika MAHU berjihad, tetapi TIDAK mahu berkorban. dapat lihat perbezaannya?

Apabila menyebut daie, ia bukanlah satu label (atau sticker) yang boleh dicabut dipakai sesuka hati. Bila tak sibuk, saya nak pakai...dan bila busy sedikit, saya tanggal sebentar sticker daie ini. Nanti bila tak sibuk, saya pakailah balik...ini daie celup namanya

Daie adalah hakikat, daie adalah satu makna-bersamanya terangkum makna jihad, pengorbanan dsbnya...daie menjadi tentera dakwah & fikrah. jadi, jika susah sangat nak berkorban, bagaimana mahu jadi daie tulen?

Cuba fikir jauh. Inilah hakikat kesibukan yang akan dilalui oleh setiap dari kita di Malaysia nanti. Jika kala ini daie masih memilih untuk tidak mahu berubah sikap apabila diuji dengan masa, bagaimana dengan survival di medan yang sebenar nanti? mampukah? mampukah?

Angkatan Jahiliyyah tidak pernah berhenti mentarbiyyah umat, sedangkan daie boleh memilih untuk berhenti dan berehat. Di tangan kita sendiri, sedar atau tidak, kita sedang memacu kehancuran umat kerana kita memilih utk menanggalkan pakaian seorang daie tatkala kita diuji, hanya dengan masa...

Akhirnya, pertarungan sebenar daie adalah dengan al hawa' nya sendiri

Sekadar Refleksi diri, buat tatapan bersama
Tidaklah yang menulis lebih baik daripada mereka yang membaca tulisan ini
Nastaghfirullahal 'adzhim

No comments: