Sunday, January 25, 2009

.relax.reflect.

Hari ini saya memberi ruang untuk saya muhasabah diri. Sedar tak sedar sudah hampir 2 bulan saya balik ‘bercuti’ di Malaysia, dan hanya tinggal beberapa hari saja lagi yang berbaki sebelum kembali ke Melbourne.


Alhamdulillah kali ini sudah masuk kali keempat saya dapat merasai arus perjalanan dakwah di Malaysia. Hakikatnya, memang sangat berbeza dan jauh lebih mencabar daripada di Melbourne. Kata orang, jika di Melbourne hanya mengharung arus sungai, di Malaysia ibarat mengharung arus laut. Memang betullah jika ada yang berkata dakwah di sana sangat ideal, kondusif, tak realistik dsbnya…Itu semua memang benar jika dilihat dari perspektif realiti di Malaysia, satu tempat di mana kaki ini akan kembali berpijak dan langitnya akan dijunjung.


Kepulangan kali ini mungkin yang paling istimewa. Entah kenapa, jika dulu saya selalu sedih hendak meninggalkan Melbourne, tetapi kali ini sedikit demi sedikit rasa cinta kepada Malaysia semakin kuat mengisi jiwa. Malah, jika ditakdirkan untuk saya pulang ke Malaysia tahun ini pun, saya sangat gembira. Gembira dalam erti kata hendak buat dakwah di sini.


Boleh dikatakan saya seorang yang lambat utk adapt dalam apa jua keadaan. Kepulangan ke Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya lebih kepada proses adapatasi, menganalisa, menilai dan cuba mencari resolusi. Akhirnya, saya tiba kepada satu konklusi, bahawa satu kekuatan atau bekal yang perlu ada untuk survive dalam arus di sini adalah kemahuan yang tinggi. Jika ini tidak berjaya dipupuk dan dihidupkan dalam diri, nescaya banyak da’ie akan mudah lemas dan tenggelam dibawa arus perdana. Akhirnya, sedikit demi sedikit anak singa yang telah diasuh di negeri orang bakal kembali menjadi kijang yang pengecut di bumi sendiri.


Di Malaysia memang banyak cabaran, banyak masalah, banyak hak yang perlu ditunaikan, banyak kekangan dsbnya…Betul! Persoalannya, adakah ini semua akan berubah jika ditunggu sehingga tahun depan? Jawapannya adalah tidak. Malah, dari setahun ke setahun akan timbul masalah baru, kewajipan baru…yang semakin lama akan semakin bertambah, bukannya semakin berkurang. Tidak sedikit da’ie yang berhadapan dengan isu-isu ini setiap kali balik ke Malaysia, dan bukan sedikit juga yang akhirnya tertipu atau terperangkap. Dari satu alasan, akhirnya menjadi satu hambatan jika da’ie terus membiarkan syaitan menghiasi kefuturan itu. Saya bukan membebel tentang teori, tetapi saya menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri.


Akhirnya, peperangan ini bukan peperangan dengan family yang tidak faham dakwah, bukan peperangan dengan hak-hak yang perlu ditunaikan, bukannya peperangan dengan masalah transport, susah nak bergerak dsbnya...tetapi peperangan dengan kehendak dan kemahuan diri sendiri.


Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri [13:11]


Kuncinya adalah diri sendiri. Jika diri sendiri memang ada kehendak, kemahuan, dan usaha yang kuat, insyaAllah Tuhan akan menunjukkan dan mempermudahkan jalan. Kalau awal-awal diri sendiri sudah ada rasa malas hendak ke program, rasa susah, payah, leceh, berat hendak tinggalkan family, malas hendak travel jauh-jauh dsbnya, memang selayaknya lah kesusahan itu akan datang bertimpa-timpa. Datang pula Syaitan memujuk rayu, mempercantikkan alasan. Akhirnya tewaslah seorang lagi tentera Allah yang telah berjanji di hadapanNya, kalah di bumi sendiri.


Di sini saya senaraikan masalah-masalah, alasan-alasan atau perasaan-perasaan yang boleh menghambat seseorang da’ie daripada membuat dakwah di Malaysia;

1) Takut untuk travel sorang-sorang (sedangkan di Australia memang selalu travel sorang-sorang)

2) Parents tak bagi travel sorang-sorang (sama seperti di atas)

3) Malas nak travel jauh-penat badan

4) Sayang nak tinggalkan family, kehidupan selesa

5) Masalah transport (sedangkan belambak bas ekspres, teksi, bas biasa, kapal terbang, kapal laut, kereta akhawat di Malaysia)

6) Tak tahu nak baik bas sendiri (hmm...boleh pulak survive di Australia ye...)

7) Family tak bagi pergi program-program dakwah (hakikatnya, 90% da’ie hadapi masalah ni. if semua da’ie layan masalah ni, akhirnya tak akan ada manusia buat dakwah di Malaysia ni)

8) ...


Di sini saya senaraikan juga solusi-solusi praktikal kepada perkara di atas:

1) Iman (jaga hubungan dengan Allah, ie mutaba’ah amal)

2) Kemahuan dan kehendak yang tinggi

3) Think positive, ie if di Australia boleh travel dan survive sorang-sorang, di Malaysia tak kan tak boleh?

4) Bawa akhawat ke rumah-berkenalan dengan family

5) Berpakat dengan akhawat pergi program sama-sama etc

6) Be telus dengan akhawat if ada masalah transport, family etc

7) Belajar seni berhelah-bukan menipu

8) Banyak berbincang dan merancang dengan akhawat (tanya pendapat akhawat alasan apa yg nak diberi pada family)

9) If tak dapat datang whole program, dpt dtg separuh, suku atau kurang suku program pun jadilah…in other words, kena datang juga

10)


Saya ingin menghidupkan kembali satu hadis Rasulullah (bukan matan sebenar), “Hati manusia ada waktu syirrah dan fatrah. Beruntunglah manusia yang dalam waktu fatrahnya, masih berada dalam sunnahku.”


Sunnah rasulullah yang terbesar adalah dakwah itu sendiri


Allahua’lam


Semoga hati-hati ini terus tsabat di atas jalanNya.


(Tribute to: Ust. Salmah, Sg. Petani)


No comments: