Bismillahirrahmanirrahim
Sekali lagi sy terpanggil untuk menulis berkenaan kisah direct seller (yg sy pinjam daripada Ust Halim-Kisah Kopi cengkudu)
Tahun lepas sy ada menulis benda yg sama. Sy tulis, golongan yg nk membawa islam kpd m’kat, ibarat direct seller produk2 kecantikan. Walaupun dicap dengan brand JENAMA yg berbeza2 & bermacam gaya, tp konsep produk yg dijaja tetap SAMA, iaitu konsep produk kecantikan.
Saya ingin tanya anda, jika konsep produk yg dijual semuanya sama, iaitu produk kecantikan, kenapa kesemua JENAMA ini tak bergabung saja di bawah satu JENAMA yg SAMA, kan mudah? Apa jawapan anda? Pasti ada yg menjawab;
“Mustahil nak bergabung. Walau konsep produknya sama, tp ingredient atau contentnya berbeza.”
“Bila banyak JENAMA, ada ruang untuk pelanggan memilih mana2 yg suit dengan mereka.”
“Pasti setiap JENAMA ada sistem yg tersendiri, manhaj, cara-cara, pendekatan berbeza berbanding JENAMA yg lain. Kalau dah banyak benda berbeza, walau konsep produk yang dihasilkan sama, mana mungkin boleh bergabung”
Selesai satu bab.
Keduanya ttg sikap. Pernah anda lihat seorang direct seller jenama A memburukkan produk kecantikan jenama B? Sepanjang sy hidup, belum pernah. Yang keluar dari mulut direct seller hanyalah description ttg produk yg dijualnya, bukan umpatan, fitnah & kejian kpd produk2 jenama lain, semata-mata utk menaikkan jenama sendiri.
Selesai dua bab.
Ketiganya ttg sikap juga, tp mungkin lebih dahsyat dari yang kedua. Sy tak pasti ini berlaku atau tidak dlm kelompok direct seller sendiri. Pernah anda dengar: direct seller jenama A pergi berjumpa direct seller jenama B, kemudiannya direct seller jenama A menceritakan segala kisah keburukan jenama B yg didengarinya (tak tahu drpd siapa) kepada direct seller jenama B.
Yang peliknya, direct seller jenama A tersebut tak pernah tahu menahu, tak pernah nampak hadir ke sesi taklimat kerja jenama B, hatta tak pernah merasai bekerja dgn jenama B, malah mungkin masih belum bekerja sebagai direct seller pun semasa jenama B ditubuhkan. Tahu-tahu, apabila dengar saja satu kisah zaman dulu yg kurang elok tentang jenama B, direct seller A terus hebahkan.
Ending kisah ini agak menyedihkan. Disebabkan satu cerita yg disebarkan oleh direct seller A tadi, direct seller B mula tak yakin dgn jenama yg dia bekerja di bawahnya. Hati mula tak tenang, kerja mula tergendala sbb banyak berfikir dan mula ragu-ragu dan produktiviti kerja menurun. Kesannya kpd direct seller B, imbuhan dipotong, ganjaran dikurangkan. Bukankah ini akhirnya juga akan memberi kesan kepada masyarakat? Tergendalanya kerja direct seller B tadi, maka kuranglah bilangan masyarakat yg dpt di-reach oleh direct selling produk kecantikan. Makin berkuranglah orang yg memakai produk kecantikan, maka yg tak cantik akan semakin ramai.
Nak mengharapkan direct seller jenama A tingkatkan jualannya utk top up kekosongan jualan yg disebabkan oleh direct seller B tadi, sy rs mustahil sbb direct seller jenama A juga adalah manusia yg punya capacity yg limited & kewajipan2 lain. Seorang nk buat kerja utk dua orang, memang mustahil. Yang jd mangsa adalah masyarakat sbb berkurangnya direct seller produk kecantikan yg dpt reach mereka di rumah.
Direct seller jenama A, dahsyat bukan hasil tindakan anda tadi?
Robohnya Dakwah di Tangan Pendakwah (Fathi Yakan) ada menyebut ttg isu ini. Dalam sedar tak sedar, barangkali sikap fanatik daie itu sendiri (kpd organisasi, bukan kepada Islam) yg menjadi penyebab kpd tergendalanya amal dakwah, seterusnya mengurangkan jualan produk islam yang sampai kpd masyarakat. Kesan kpd daie sendiri adalah ganjaran ukhrawinya (pahala akhirat) berkurang kerana tergendalanya amal, dan kesan kepada masyarakat adalah jahiliyyah yg semakin kuat mencengkam sebab daie sendiri larut dgn kecelaruan & ragu-ragu.
Segalanya hanya kerana sebuah fitnah (maksud sebenarnya ‘kekacauan’) yang tak tahu sumber dan kesahihannya.
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, jangan kamu bertelagah sesama sendiri, nescaya kamu akan gagal dan akan hilanglah kekuatan kamu semua. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yg sabar” [8: 46]
“Bekerjalah kamu, Allah akan melihat pekerjaanmu...” [9:105]
Jahiliyyah bersatu dlm merosakkan umat yg semakin tenat. Kerja kita bukan sedikit. Keluarlah dari kesibukan terhadap perkara-perkara yg akan merosakkan amal islami, iaitu amal kita semua
‘Gigit’ dengan kuat kata-kata ini;
Kita bersatu, bukan berpecah (Hasan Al Banna)
Wallahua’lam bissawab
3 comments:
salam,
best lah nuha anti punya tulisan. alhamdulillah tu yang berlaku. kita di malaysia dulu satu... (sebelum 2006). kita di OZ juga satu. kemudian tiba2 ada yang tak puas hati dgn produk kita. lalu bentuk produk dan jenama baru... di malaysia.
sekarang OZ telah di ambil dan diletakkan jenama baru ni. ramai yang tak tahu sejarah ni.
sekarang antum merasai perkara ni. jenama lama terpaksa membuka balik kedai baru di oz kerana kedai lama mereka telah diambil tanpa disedari dan diletakkan jenama yang berpecah ni.
Bila jenama asal buka kedai...tiba2 jenama asal ini yang di katakan berpecah.. ramainya orang tak tahu cerita...
nak tahu lanjut? kontak saya.
Marilah kita terus beramal. Adengan tarik menarik ni tak molek. akhirnya masyarakat akan lari sebab, yang itu tak boleh, yang ini pun tak boleh. Kita terus saja beramal. Cuba bersama dalam persamaan dan berlapang dada dalam perbezaan. bukankah dakwah kita ini dakwah ikhwan, kenapa dalam bab muasasi kita tak dapat ikut ikhwan? Elakkan dari memburukkan amal orang lain kerana dakwah nabi datang dengan akhlak. Nabi tak pernah jaja untuk memburukkan agama quraisy. apatah lagi kita, dengan alasan untuk kepentingan dakwah, akhirnya daie-daie bermusuhan, dan amal pun bertaburan. nauzubillah. moga Allah jauhkan hati-hati ini daripada zifat2 mazmumah. wallahualam. wassalam
Salam munthalaq,
1)Dlm shahadatul haq sy diajar 3 kesimpulan oleh ust al maududi-sy rs munthalaq tahu
2)Sy juga diajar cara2 utk intima' dlm buku AESMI oleh ust fathi yakan-sy rs munthalaq juga tahu
3)Dlm majmu' rasail, imam hasan al banna juga ada menyebut ttg isu ini-ini pastinya munthalaq lebih2 tahu
dan sy hanya mampu beristighfar, takut2 tindakan sesetengah org telah lari dari landasan yg diajar Islam & Ikhwan...mcm yg sy kata-puncanya adalah fanatik ke-organisasi-an, mempolitikkan dakwah
Pilihlah utk intima dgn yg mana pun...tp sy diajar utk jgn memilih 'ikut perasaan' & 'fakta2 murahan' yg dijaja kalau hendak nafas panjang dlm dakwah
Sy seorg yg aktif juga dgn jenama yg munthalaq claim jenama baru ni...sy berani berkata, tak pernah jenama baru ini berkata apa2 ttg jenama2 yg lain (sy berani bersumpah, moga Allah membenarkan). mcm yg sy kata, kalau hendak tahu kena hadir sesi taklimat kedai jenama baru ni, baru adil utk kita bercakap sesuatu perkara
Sebagai org yg hidup d Oz sendiri, yg sy asyik dengar & hadapi sendiri, tak sedikit daie yg tertangguh amalnya, sangsi langkahnya,tertunda dakwahnya,terencat tarbiyyahnya dek kerana termakan 'fakta2' yg dijaja jenama lama...mcm mana ni munthalaq? dakwah juga yg jd mangsa...hmm
Wallahua'lam
Post a Comment