Friday, March 20, 2009

Hur al Ansoriyy

Gembira saya bukan kepalang
kerana masih ada yang mahukan islam

Gembira saya bukan kepalang
kerana masih ada yang mahu berfikir untuk islam

Gembira saya bukan kepalang
kerana masih ada yang mahu beramal untuk islam

Begitulah, gembiranya saya demi islam, untuk islam

Saya diajar untuk tidak pernah putus asa
kerana putus asa bukan sifat seorang mukmin

Saya diajar bahawa semua ini hanyalah gerhana
bukan terbenamnya matahari

Saya diajar untuk terus beramal dan beramal
sedang natijahnya saya tidak pasti

Kerana masa depan saya adalah untuk islam, demi islam

Sangat indah apabila berjuang untuk islam
kerana hanya ada satu kesudahan
iaitu MENANG

Menang di atas pihak lawan
atau menang syahid di atas jalanNya

Amin.

--------------------------

Mahalnya seorang bidadari bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana letaknya mereka di SYURGA

Mereka adalah orang yang menyebut: nahnu Ansorullah (kamilah penolong agama Allah)


Justeru,
Hur-Al-Ansoriyy


they are growing up...
they are growing up...

insyaAllah

No comments: